Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina Kembali Tular

Sebelum ini pernah tersebar gambar tidak rasmi akan perkahwinan Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik dari Rusia, Oksana Voevodina. Kini, ia sememangnya boleh dikatakan rasmi pabila jurufoto majlis perkahwinan itu berkongsi gambar-gambar di media sosial.

 

Gambar : premia.event.ru

 

Maxkoliberdin, seorang jurugambar Rusia telah pun berkongsi gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik, Oksana Voevodina.

 

 

View this post on Instagram

 

Royal wedding, Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina✨? Поздравляю свадебное агентство @svadberry с заслуженной победой в премии “Событие года” #событиегода с настоящей королевской свадьбой, которую я имел честь снимать? Размах свадебного торжества поражает✨ было очень интересно снимать такой сложно срежессированный, красивый, изысканный проект) С королем нашли общий язык в теме фото. Он тоже снимает на #leica (на последнем фото как раз заценил мою камеру?) Спасибо всей команде?? Организатор @svadberry Ведущие @anna_gorod @alexbelov Оформление @lidseventhouse Площадка @barvikhaconcerthall Фото @maxkoliberdin @lev_chudov Видео @partyvision_wedding Фотографии сделаны на камеры #leica @leica_camera #contax645 Filmlab @impressionfilmlab #olympusEM1MARKII @olympus_ru

A post shared by Максим Колибердин ?✨ (@maxkoliberdin) on

 

Melihat pada gambar tersebut, jelas kelihatan Sultan Muhammad V segak mengenakan sepasang baju Melayu berona biru gelap, bersongkok serta bersampin. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, ia merakam detik-detik penting kala majlis perkahwinan termasuklah ketika memotong kek, momen bersama bridesmaid, dan persembahan istimewa.

 

Gambar : premia.event.ru

 

Menerusi sebuah portal yang merakam momen-momen istimewa perkahwinan juga telah berkongsi beberapa gambar di sekitar resepsi yang mampu membuatkan ramai terpegun itu.

 

Menurut laporan Daily Mail sebelum ini, isteri kepada Sultan Muhammad V itu telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada tarikh 22 November 2018. Voevodina atau nama Islamnya, Rihana pernah bergelar Miss Moscow pada tahun 2015. Malah Voevodina juga pernah menjadi model peragaan di China dan Thailand.

 

Laman www.islamnews.ru, melaporkan bahawa majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

 

Baru-baru ini, turut tersebar video rasmi perkahwinan Sultan Muhammad V dan Voevodina. Jelas terlihat yang mana majlis tersebut cukup indah dengan rekaan pelaminnya, dekorasinya yang cukup elegan.

Meskipun gambar tidak rasmi perkahwinan Sultan Muhammad V dan Voevodina itu telah tersebar sebelum ini dan sekarang ini, namun masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

4 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar : premia.event.ru

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link