Hanya Perlu 4 Langkah Mudah Untuk Cegah Virus Influenza

Perubahan cuaca antara panas dan hujan menjadikan ramai penduduk Malaysia dijangkiti selesema. Anda perlu berhati-hati untuk tidak dijangkiti dengan virus influenza. Walaupun gejalanya sama dengan demam selesema, virus ini berbeza daripada selesema biasa. Ia juga boleh menyebabkan kematian dan mudah berjangkit.

Gambar: Depositphotos

Bagaimanapun, jangkitan virus influenza ini boleh dielakkan dengan langkah yang betul. Berikut adalah langkah pencegahan yang boleh anda boleh cuba untuk mengelakkan virus influenza ini.

  1. Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu dalam tong sampah selepas menggunakannya dan segera cuci tangan dengan air dan sabun.
  2. Gunakan penutup mulut dan hidung jika anda sakit dan mengalami gejala selesema untuk elakkan jangkitan pada orang lain  dan memburukkan gejala selesema anda.
  3. Kerap cuci tangan. Jaga kebersihan diri sepanjang masa.
  4. Dapatkan vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta, khususnya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Bagaimana Virus ini Berjangkit:

  1. Virus ini merebak melalui titisan salur pernafasan pesakit, khusunya yang terhasil apabila pesakit batuk atau bersin
  2. Titisan cecair pernafasan itu mungkin mencemari tangan pesakit atau permukaan yang terdapat di persekitarannya.
  3. Seterusnya seseorang akan dijangkiti samaada melalui pernafasan apabila berada dalam jarak kurang satu meter dari pesakit atau apabila bersentuhan dengan permukaan tercemar.

Gejala Yang Perlu Anda Tahu:

  1. Demam
  2. Selesema
  3. Sakit tekak
  4. Batuk
  5. Sakit kepala
  6. Sakit badan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link