Hottest Gadget In Town

Tercari-cari gajet baru untuk menggantikan yang lama?

BLACKBERRY Q5

Q5_

 

 

Siri terbaru Blackberry Q5 hadir dengan papan QWERTY yang dicipta dengan rekaan memudahkan pengguna. Terdapat tiga pilihan warna utama merah, hitam dan putih, ia turut membolehkan pengguna menikmati pengalaman skrin sesentuh serta system GPS berkuasa tinggi.

 

SAMSUNG NX2000

Samsung NX2000

Rekaanya cukup ringan dengan sensor APS-C, Samsung NX2000 dilengkapkan dengan resolusi 20.3 MP mampu menghasilkan imej jelas dan pastinya kamu akan berpuas hati. Dengan teknologi DRIMe imej yang dirakam mampu menghasilkan warna yang jelas dan nyata.

 

LOMO KONSTRUKTOR QUARTER 2

Konstruktor_quarter2

 

 

Masih lagi menggemari Lomo? Lomo meneruskan keterujaan kamera analog dengan memberi ruang kepada pengguna memasang sendiri kamera mereka. Siri Konstruktor Quarter 2 ini didatangkan secara ‘raw’ dan belum dipasang, memberi pengalaman berbeza buat pengguna. Masih lagi mengekalkan ciri utamanya iaitu analog dengan filem 35mm, shutter speed 1/80 s dan dilengkapi dengan lensa 50mm. Dijual dengan harga RM124.

Share via
Copy link