Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Berjumpa Doktor

Sebelum berjumpa dengan doktor ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Ia penting untuk memastikan pemeriksaan tidak terganggu dan boleh mengakibatkan doktor salah diagnosis kesihatan anda.

Gambar: Depositphotos

EH! senaraikan lima perkara yang tidak boleh anda lakukan sebelum berjumpa doktor.

Jangan Terlalu Dahaga Sebelum Ujian Air Kencing

Air kencing manusia terdiri daripada 99 peratus air dan hanya satu peratus asid, ammonia, hormon, sel darah mati, protein, dan bahan lain yang digunakan untuk penyelidikan. Jika dilihat konsentrasi itu sangat rendah. Jadi, jika anda memberikan 100 ml air kencing, kira-kira satu ml itu sesuai untuk dianalisis. Minum lebih banyak air beberapa jam sebelum melakukan ujian untuk memastikan anda menghasilkan air kencing yang mencukupi.

Jangan Gunakan Deodaran Sebelum Mamogram

Larangan penggunaan deodoran sebelum mamogram adalah berkaitan dengan komposisinya kerana ia mengandungi bahan logam kecil. Semasa prosedur, mudah untuk membuat kesilapan logam ini sebagai tanda kanser. Keputusannya bukan sahaja salah tetapi mereka akan buat anda cemas.

Jangan Makan Makanan Merah Sebelum Membuat Kolonskopi

Makanan warna merah semula jadi akan menjejaskan keputusan kolonskopi anda. Antara produk yang perlu elakkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum ujian ini adalah kranberi, gula-gula merah, frosting merah, licorice merah, tomato dan sos tomato. Anda juga perlu ingat bahawa ini tidak bermakna makanan warna lain boleh dimakan sebelum berjumpa doktor. Sehari sebelum ujian, anda perlu makan makanan berbentuk cecair sahaja.

Jangan Makan Makanan Masin Sebelum Menjalani Ujian Tekanan Darah

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan untuk makan tidak lebih daripada 2,300 miligram garam setiap hari. Antara kesan berbahaya yang lain, ia menyumbang kepada peningkatan tekanan darah. Oleh itu, sebelum ujian, anda tidak digalakkan untuk makan makanan segera, kacang, atau makanan lain yang mengandungi banyak garam.

Jangan Makan Ubat Sebelum Menjalani Ujian Darah

Beberapa hari sebelum ujian, untuk keputusan yang lebih tepat, anda harus elakkan mengambil ubat supaya darah anda mempunyai masa unutk dibersihkan dan tidak dipengaruhi oleh faktor luar. Seperti pil yang telah ditetapkan kepada anda untuk diambil secara mandatori, doktor biasanya akan meminta untuk anda tidak mengambilnya pada waktu pagi sebelum menjalani ujian darah dan ubat itu perlu diambil kemudian. Tetapi dalam kes tertentu, adalah lebih baik jika anda berbincang dengan pakar terlebih dahulu.

Share via
Copy link