Jenama Audio Paling Disukai Ramai Kini Buka Studio Pertama Di Malaysia

Buat pertama kalinya, Harman sebuah jenama audio terkemuka dunia membuka studio pertama di Malaysia.

 

 

 

Terletak di Sunway Geo Avenue, studio ini bakal menawarkan pengguna barangan Harman dengan produk yang cukup lengkap serta ke semua item baharu mereka. Studio ini dikatakan salah satu yang pertama di rantau APAC dan dijangka akan membawa lebih banyak produk Harman ke sini.

 

Studio audio dua tingkat ini semestinya akan menjadi ruang pameran Harman yang terbesar di Malaysia. Ia turut lengkap dengan jenama seperti JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon dan Revel. Selain dari mencuba sendiri produk-produk Harman, malah pelanggan juga akan dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman pabila memasuki ruang pameran dengan konsep gaya hidup paling eksklusif.

 

 

Bahkan, pelanggan juga akan dapat merasakan sendiri konsep rumah Harman yang dipenuhi dengan sistem bar bunyi, teater rumah dan ruang audio yang mewah.

 

 

Jenama audio yang dilahirkan pada tahun 1953 oleh Sidney Harman dan Bernard Kardon ini telah menjadi peneraju dalam penghasilan produk audio paling terkenal di dunia. Ia ibarat satu jenama audio yang sudah menjadi pelengkap buat kediaman ramai, tidak kira dari sistem bunyi rumah, dan pembesar suara Bluetooth.

 

 

Ketika pelancaran studio Harman ini, duta Harman Malaysia, Alif Satar turut hadir dalam memeriahkan lagi pelancaran studio tersebut. Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman tersebut, pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 95 peratus untuk item terpilih.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link