Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit Yang Tidak Ramai Tahu

Teks : Azliany Mohamad

 

Bukan hanya sedap diminum, nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan!

 

Gambar : Shutterstock

 

Air kelapa bukan hanya segar diminum ketika cuaca panas, manfaat yang dimiliki air kelapa  juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral  semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan. Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah.

 

Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai tahu kebaikannya pada wajah.

 

EH! kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam  merawat kulit wajah!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ampas Kelapa

Selalunya bahagian kelapa yang paling banyak digunakan adalah air dan isinya. Selepas isinya diperah sehingga mengeluarkan santan, ia akan dibuang kerana dianggap tidak mempunyai manfaat. Ramai yang tidak tahu bahawa ampas kelapa  sebenarnya mempunyai khasiat yang berguna dalam merawat kulit wajah.

 

1. Skrub Wajah

Skrub wajah yang mengandungi ampas kelapa terbukti sangat efektif untuk menangggalkan kotoran yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan kulit mati.  Kulit akan terasa lembut dan kelihatan segar.

 

Caranya – Lumur ampas kelapa pada keseluruhan kulit. Kemudian gosok dengan pelahan dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih.

 

2. Pupur wajah

Ampas kelapa boleh di buat pupur wajah. Ia dapat melembapkan wajah dan menghaluskan kulit.

 

Caranya – tampalkan ampas kelapa di keseluruhan wajah. Biarka selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan rutin ini setiap hari jika inginkan hasil yang memuaskan.

Share via
Copy link