Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit Yang Tidak Ramai Tahu

Teks : Azliany Mohamad

 

Bukan hanya sedap diminum, nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan!

 

Gambar : Shutterstock

 

Air kelapa bukan hanya segar diminum ketika cuaca panas, manfaat yang dimiliki air kelapa  juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral  semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan. Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah.

 

Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai tahu kebaikannya pada wajah.

 

EH! kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam  merawat kulit wajah!

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Minyak Kelapa

1. Mencerahkan Kulit

Minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah. Penggunaannya senang sahaja, oleskan sedikit minyak kelapa pada wajah lakukan rutin pada waktu malam. Biarkan ia kering seketika kemudian baru boleh tidur seperti biasa. Lihat perubahan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya. Cukup dengan lakukan dua kali seminggu, kulit akan kelihatan lebih cerah dari biasa.

 

Awas! Hindari menggunakan minyak kelapa pada waktu pagi atau petang kerana bila terkena kotoran ia akan mengakibatkan pori-pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.

 

2. Melembapkan Kulit

Minyak kelapa boleh dijadikan sebagai pengganti kepada krim pelembap malam. Ini kerana tekstur and nutrisi yang sangat pekat dan banyak ia dapat merawat kulit wajah setelah seharian berjemur di bawah pancaran matahari. Penggunaannya sangat mudah. Tuangkan minyak kelapa keatas telapak tangan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sehingga kering. Lakukan rawatan ini dua atau tiga kali seminggu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

 

3. Mengurangkan alergi, keradangan & jangkitan pada kulit

Jika anda memiliki penyakit kulit seperti ekzema, dengan menggunakan minyak kelapa ia dapat merawat kulit yang terkena ekzema dengan cepat. Sapukan minyak kelapa pada bahagian yang gatal atau luka dan biarkan selama beberapa minit. Lakukan setiap hari sehingga ekzema atau luka tersebut sembuh.

 

Share via
Copy link