Kenali Jenis Vitamin Dan Mineral Serta Kebaikannya Untuk Kesihatan Menyeluruh

Apabila umur semakin meningkat badan perlukan vitamin dan mineral yang cukup agar badan kekal sihat dan bertenaga. Ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral.

 

Gambar : Shutterstock

 

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

 

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Vitamin A

Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link