5 Kesalahan Yang Lazim Dibuat Ketika Guna Telefon Pintar

Meletakkan telefon pintar dekat dengan anda ketika tidur adalah perkara biasa. Ini kerana telefon pintar juga berfungsi sebagai penggera dan ada sesetengah daripada pengguna telefon pintar menggunakannya untuk tujuan kesihatan seperti melihat kualiti tidur.

Gambar: Depositphotos

Bagaimanapun, ia bukanlah teman tidur yang baik untuk anda. Selain daripada waktu tidur, penggunaan telefon pintar yang salah boleh memudaratkan anda dengan cara yang pasti akan buat anda terkejut.

Tidur Dengan Telefon 

Ini adalah kesilapan biasa yang dibuat oleh pengguna telefon pintar. Telefon pintar pada dasarnay adalah pemancar dan penerima elektromagnet. Ia memancarkan gelombang radio. Kebanyakan kajian yang telah dijalannkan menunjukkan gelombang ini dapat mempengaruhi otak selepas terdedah selama berjam-jam. Selain itu, ia juga akan mengganggu kitaran tidur dengan bunyi notifikasi yang diterima. Jika anda tidak boleh mematikan telefon pintar sewaktu tidur, sekurangnya setkan pada mod kapal terbang.

Terdedah Pada Cahaya Biru Terlalu Lama

Cahaya dari skrin telefon akan menyekat melatonin, hormon yang mengawal kitaran tidur dan juga sebab lain untuk anda tidak berada dekat dengan telefon pintar ketika sedang tidur. Cahaya biru juga boleh menyebabkan masalah sakit kepala dan mata serta penglihatan. Cuba tetapkan semula tahap cahaya pada telefon anda dan pasangkan penapis cahaya biru.

Menggunakannya Ketika Isyarat Telefon Lemah

Apabila anda melihat isyarat lemah pada telefon anda, ia sebenarnya bermaksud telefon sedang meletakkan isyarat yang lebih kuat sebagai pemancar, dan lebih banyak tenaga dari telefon pintar boleh memudaratkan kesihatan. Sebaiknya, anda menggunakan talian tetap atau untuk meletakkan telefon sejauh mungkin sewaktu isyarat lemah kerana ia juga boleh menyebabkan telefon menjadi panas dan itu juga sangat bahaya.

Kerap Bersentuhan Dengan Kulit

Terdapat beberapa kajian telah dijalankan yang menumpukan pada hubungan antara telefon pintar dan kanser. Khususnya isyarat penghantaran yang sekitar 900 MHz menjadikan telefon panas. Kulit menyerap haba dengan mudah setiap kali anda menyimpan telefon bimbit dekat dengan anda. Cuba gunakan headset atau speaker ketika menggunakan telefon bimbit atau elakkan daripada menyentuh telefon pintar jika anda tidak menggunakannya.

Melihat Pada Skrin Telefon Dengan Postur Yang Tidak Sesuai

Penggunaan telefon pintar dengan kerap boleh menyebabkan kecederaan ibu jari seperti tenosynovitis. Selain itu, terdapat juga keadaan kesihatan yang dipanggil sebagai “text neck”. Seperti namanya, apabila anda membengkokkan leher ke depan untuk melihat skrin, tekanan pada tulang belakang serviks akan bertambah dan jika dibiarkan, berat leher akan bertambah lima kali daripada berat sebenar kepala anda. Ini akan menyebabkan sakit leher dan postur yang tidak normal. Pengang telefon pada paras mata, pastikan leher anda berada dalam postur lurus dan tegak.

Share via
Copy link