Makan Betik Seminggu Sekali? Ini Kesannya Pada Tubuh

Salah satu buah tempatan Malaysia, betik mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh. Selain itu rasanya yang lazat juga menjadikannya sempurna untuk dimakan setiap minggu.

Gambar: Depositphotos

EH! senaraikan enam kebaikan yang anda akan perolehi jika makan betik sekali seminggu.

Mengurangkan Tahap Kolestrol

Buah betik kaya dengan serat yang dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan dan vitamin yang membantu mencegah penyakit jantung.

Membantu Membunuh Cacing Dan Parasit

Cacing dan parasti boleh menyebabkan kerosakan pada badan anda dan ia amat penting untuk mengawasinya. Betik dapat mengeluarkan parasit daripada badan sebaik sahaja ia menetas dari telur. Biji betik juga bermanfaat pada tubuh anda.

Tingkatkan Daya Imunisasi

Buah ini juga mengandungi vitamin A, C dan E yang juga nutrien penting diperlukan oleh sistem imun. Ia berkhasiat untuk badan anda dan membantu menjaga sistem ketahanan badan.

Mengurangkan Keradangan

Betik mempunyai sifat anti-radang. Ini sangat berguna untuk memulihkan kulit yang meradang dan masalah kesihatan lain seperti arthritis, sakit sendi, gout dan asma.

Melewatkan Proses Penuaan

Betik kaya dengan nutrien yang dapat membantu melewatkan proses penuaan, seperti vitamin C dan E, dan antioksidan. Betik juga menghalang kulit daripada radikal bebas, kulit bermasalah akibat sinaran matahari dan kedutan.

Kurangkan Stres

Terima kasih kepada vitamin C yang terdapat dalam betik, ia dapat membantu mengurangkan tekanan kerana menurut kajian yang dijalankan di luar negara, betik dapat mengendalikan aliran hormon stres.

Share via
Copy link