Kuku Akrilik

Artificial nails atau kuku tiruan ialah peningkatan atau sambungan kuku tiruan. Ada sesetengah yang suka menghias kuku tiruan dan ia menjadi salah satu aksesori fesyen. Sesetengah kuku palsu seakan-akan meniru rupa kuku sebenar. Salah satu teknik kuku palsu ialah akrilik atau dalam bahasa inggerisnya, acrylic.
 

Kuku akrilik 2

Gambar: www.creativebeautyhealth.com

Kuku akrilik menggunakan monomer (cecair), dan polimer (serbuk). Kedua-dua bahan-bahan ini digabungkan dan manik yang terhasil daripada akrilik lembut diletakkan diatas kuku anda dan membentuk sebagai kuku tiruan. Kuku akrilik sangat terkenal di negara Amerika. Dan ia tidak halal bagi yang beragama Islam.

Kuku akrilik 3

Gambar: www.naildesignsidea.net

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda ingin menggunakan kuku arkrilik kerana ia boleh mengundang jangkitan pada kuku. Jangkitan boleh berlaku sekiranya kuku arkrilik terlalu panjang, dan alatan yang digunakan tidak bersih.

Kuku akrilik

Gambar: www.bridalmusings.com

Share via
Copy link