Mahu menjadi fesyenista?

Kalau sebut nama Victoria Beckham, pasti ramai yang ‘kenal’ citarasa fesyennya yang up to date. Kalau sebut nama Alexa Chung pula, gaya street fashion cukup sinonim dengannya. Namun, adakah cukup sekadar menyarung helaian yang trendy untuk tampil sebagai fesyenista?

Jawapannya….tidak! Ikuti tip menarik EH! kali ini untuk menyerlahkan lagi aura fesyenista dalam dirimu dan cetuskan fashion statement mengikut kesesuaian anda!

Kenali personaliti diri

Tidak semua trend fesyenboleh menjadi ikutan. Ini kerana personaliti diri tidak semestinya sama bagi setiap individu. Juga tidak semua gaya sesuai bagi setiap jiwa dan karakter seseorang. Penting bagi anda mengenali dahulu personaliti diri agar gaya yang dikenakan lebih blend in dan selesa untuk dibawa.

Contohnya, jika anda seorang yang pemalu, berjiwa lembut dan ciri feminin begitu menebal dalam diri, gaya fesyen seperti Camilla Belle dan Selena Gomez adalah jawapan tepat. Manakala bagi anda yang mempunyai jiwa adventurous, berani dan rebellious, gaya Rihanna mahupun Gwen Stefani boleh dijadikan inspirasi.

Kenali trend

Trend fesyen sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Jika tahun lepas, imbasan retro 70-an dengan rona yang terang dan bold mewarnai pentas peragaan, tahun ini pula trend ronanya sedikit suram dan rekaan minimalis dengan sentuhan gaya 60-an pula menjadi ilham. Barangkali sumber inspirasi anda boleh diperoleh dengan membaca lebih banyak majalah fesyen mahupun menerusi laman web. Anda perlu tahu what’s in and what’s not agar gaya yang dipadankan pada tubuh anda tidak dilabelkan sebagai fashion faux pas!

Kembalikan kehijauan

Saban hari media mengutarakan isu alam sekitar demi memperhebatkan kempen menjaga bumi hijau daripada terus dicemar. Begitu juga dalam fesyen, amalan ini perlu untuk menghindarkan diri daripada digelar the ignorant fashionista! Menjadikan amalan hijau sebagai the ‘it’ thing, anda boleh menyarung helaian dan aksesori fesyen yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Antaranya resin jagung digunakan untuk menggantikan bahan plastik. Manakala kapas organik dijadikan material utama dalam pilihan kerana penanamannya bebas daripada bahan toksik.

Contohnya, layari  http://www.eh.com.my/2011/04/11/bergaya-sambil-menyelamatkan-bumi/ untuk melihat item fesyen yang menggunakan bahan semulajadi.

Berbelanja secara bijak

Fesyenista perlu tahu berbelanja secara bijak! Kriteria ini terbahagi kepada dua cara. Pertama, ‘pelaburan’ dalam sesebuah item fesyen yang berjenama adalah antara langkah yang bijak. Biarpun harganya lebih mahal, tetapi kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Selain jenamanya yang mahal, item yang dibeli itu tahan lebih lama. Namun, pastikan anda memilih rekaan yang kekal ‘relevan’ dalam trend fesyen agar ianya boleh terus dipakai tanpa batas masa dan gaya.

Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna anda terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk membeli satu item. Fikirkan tahap kemampuan dan pastikan anda mampu untuk membayar semula jika hutang kredit yang dipilih. Tidak mahu nanti, anda tiada wang pula walau untuk membayar makan tengahari!

Kitar semula koleksi peribadi

Biarpun trend fesyen bertukar silih berganti, namun hal ini tidak patut dijadikan alasan mengapa anda perlu sentiasa membeli-belah untuk mendapatkan item baru hampir setiap tahun. Untuk menjadi fesyenista yang bijak, amalkan konsep suai dan padan menggunakan koleksi fesyen sedia ada. Contohnya, celana harem semakin popular akhir-akhir ini namun sebenarnya, celana ini begitu hit ketika era 90-an. Manakala skirt dan blaus yang direka mengikut ciri vintaj oleh pereka fesyen terkemuka pula merupakan sorotan fesyen era 60-an hingga 70-an. Now, did you get all these clues?

Ini bermakna anda boleh menyelongkar semula gerobok ibu yang menyimpan pakaian lama! Selain menjimatkan wang, anda juga berjaya menyelamatkan bumi daripada terus dicemar kerana mengamalkan gaya hidup kitar semula.

Share via
Copy link