Major Comeback! Selamat kembali telefon ikonik Motorola Razr

Gambar dari The Verge

 

Motorola kembali memasarkan telefon ikonik Razr dengan rekaan yang lebih futuristik, sleek dan kekal dengan rekaan boleh dilipat sama seperti Razr yang dihasilkan 15 tahun lepas. Sebagai pengguna telefon ini suatu ketika dahulu, this is really excite me, and I’m sure you too!

Menjadi salah satu telefon paling ikonik pada awal tahun 2000 dan jenama yang memonopoli pasaran telefon di seluruh negara. Kemunculan telefon yang pernah menjadi kegemaran Paris Hilton dan Mariah Carey ini turut menjadi tular di media sosial ketika ini dan menjadi topik bualan hangat.

 

 

Rekaannya sahaja sudah buat kita terkenang semula akan trend pada awal 2000. Motorola mengekalkan rekaan flipped phone ikonik ini dengan skrin OLED jenis plastik boleh dilipat 6.2inch sama seperti teknologi yang digunakan oleh Samsung Fold baharu. Namun ada beberapa ulasan dari blog yang bimbang dengan ketahanan skrin boleh lipat ini, sampai bila ia akan bertahan jika dilipat beribu kali? Motorola tampil memberi kenyataan bahawa mereka sangat yakin dengan ketahanan skrin Flex View yang mereka bawa dalam telefon ini, “it will last for the average lifespan of a smartphone” ada lapisan proprietari yang yang membuatkan panel telefon ini scuff resistant, dan ia juga didatangkan bersama nano-coating untuk kalis percikan air dan tidak ada kesan lekuk pada permukaan skrin.

 

Gambar dari The Verge

 

Bila dibuka ia tidaklah nampak terlalu besar, hanya sedikit tinggi berbanding telefon iphone X biasa yang semestinya selesa di tangan, ketebalannya juga sama seperti saiz ukuran Razr lama. Khusus buat Razr versi 2019, ia tampil dengan perisian cip Snapdragon 710 bersama sistem Android 9 Pie, 16 megapixel kamera bahagian belakang dan 5 megapixel untuk kamera swafoto. Skrin kedua 2.7 inch lebar ini juga menyempurnakan lagi rekaan telefon ini juga beri lebih kemudahan untuk membaca notifikasi dan menukar lagu .

SPESIFIKASI MOTOROLA Razr 2019

  • Snapdragon 710 processor
  • 6GB RAM
  • 128GB storan dalaman
  • 6.2-inch foldable pOLED display (2142 x 876)
  • 2.7-inch Quick View display (800 x 600)
  • 16MP kemera hadapan, f/1.7 with Night Vision mode
  • 5MP kamera swa-foto
  • USB-C
  • eSIM
  • Android 9 Pie
  • Imbasan cap jari

Sememangnya ada rasa kepuasan bila dapat melipat telefon selepas panggilan telefon dan Motorola benar –benar mahu anda kembalikan nostalgia telefon lipat yang boleh dibuka dan ditutup dengan satu tangan sama seperti anda menggunakan Razr dahulu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link