MBO Perkenal Pawagam Pertama Di Malaysia Dengan Inovasi 4D

Kini anda boleh alami keterujaan sebenar menonton wayang di MX4D MBO The Starling.

 

 

Ini merupakan pawagam pertama di Malaysia yang mahu memberikan penonton pengalaman sebenar ketika menonton filem. Dengan tempat duduk yang bercirikan pergerakan, penonton turut dapat menghidu seakan berada di dalam filem tersebut.

 

Dengan kerjasama MediaMation iaitu sistem hiburan dari California, MX4D Motion Seat menyediakan  persekitaran yang terperinci, di mana penonton boleh benar-benar merasakan suasana di dalam skrin dengan adanya pergerakan serta tekanan dari kerusi di dalam pawagam tersebut.

 

 

 

Antara efek MX4D termasuklah pergerakan hadapan dan belakang serta kiri dan kanan. Selain itu, penonton dapat merasakan tiupan angin, udara, renjisan air, kerusi popper, kaki dan leher tickler, bau, dan juga kesan dari dewan itu sendiri seperti angin, kabus dan strob lampu.

 

Yang istimewanya lagi, tiket masuk MX4D akan dijual hanya pada harga RM20 seorang sahaja. Bukan itu sahaja, MBO turut melancarkan tiga konsep panggung unik termasuklah MBO Kecil MBO Big Screen dan MBO Premier.

 

 

MBO Kecil merupakan sebuah panggung yang direka khas untuk kanak-kanak serta ibu bapa. Tujuan ia dibina adalah demi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia direka khas untuk filem animasi sesuai untuk tontonan kanak-kanak tanpa mengira usia.

 

Panggung ini turut direka dengan gelongsor permainan, tiga jenis tempat duduk ; Kecil Sofabed, tempat duduk seakan katil bujang untuk bayi atau kanak-kanak berbaring, tempat duduk normal serta bean bag.

 

 

MBO Kecil dicipta dengan lebih terang berbanding panggung lain untuk menyenangkan ibu bapa memerhati anak-anak mereka bergerak.

 

Untuk mereka yang suka menonton filem di layar besar, MBO Big Screen adalah jawapannya. Ia dilengkapi dengan projektor laser RGB yang pertama seumpamanya di Malaysia yang memastikan imej berkualiti terpancar di layar skrin terbesar di Malaysia (20 meter lebar dan 11 meter tinggi) serta sistem bunyi realistik DOLBY ATMOS.

 

 

MBO Premier pula merupakan panggung yang mempunyai segala kemudahan yang diperlukan bagi mencipta pengalaman menonton serba mewah. Dengan kerusi sofa kulit boleh laras yang dilengkapi meja boleh alih, ia mampu buatkan keselesaan sepenuhnya ketika menonton filem pilihan anda.

 

Tiket untuk menonton filem di MBO Premier dijual pada harga RM45 seorang termasuk minuman. Penonton masih boleh menikmati snek ringan popcorn serta minuman ketika menonton meskipun MBO telah memecah tradisi dengan memperkenalkan Cafecito iaitu sebuah gerai menjual makanan berkonsep kedai kopi.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link