Melancong Elak Stres Kerja

Saban hari menjalani rutin harian bekerja dengan keras sampaikan ada kadang-kadang tu, hujung minggu pun masih perlu bekerja. Haih… Nak buat macam mana, dah nama pun tuntutan kerja, nak tak nak kenalah buat. Bagi mengatasi masalah stres dengan kerja yang bertimbun, apa kata kamu merancang untuk melancong sekurang-kurangnya setahun sekali. Mengapa pentingnya percutian ini?
 
melancong-elak-stres-kerja

Gambar: careergirlnetwork.com

 
Mesin pun tahu berhenti setelah seharian digunakan. Begitu juga dengan kita. Kita perlu rehatkan minda supaya dapat memupuk semangat baru untuk kerja seterusnya.
 
Tak perlu percutian yang mewah kerana tujuan asalnya hanyalah untuk merawat kepenatan setelah bekerja keras. Jadi cukup sekadar ke tempat yang boleh memberikan ketenteraman pada jiwa kamu.
 
melancong-elak-stres-kerja-2

Gambar: bedirtour.com.tr

 
Dalam satu kajian dijalankan oleh Sarah Absebedo, pengkaji selidik, menyatakan “Tabiat kuat bekerja berkait rapat dengan masalah mental dan dibuktikan melalui ujian penilaian kemurungan”. Jadi jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk tidak berpeluang bercuti. Bukan apa, takut lama-kelamaan jadi pesakit mental pula!
 

Share via
Copy link