Mencari Lokasi Bufet Berbuka Puasa? Ini Dia Senarai Tempat Iftar Bufet Paling Best Tahun Ini

Saban tahun pabila Ramadan tiba, selain dari bazar ramadan, hotel juga menjadi lokasi pilihan utama warga kota untuk berbuka puasa. Tahun ini iftar bufet di mana? EH! ada senaraikan lokasi buka puasa bufet terbaik di rencana ini.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

‘Aneka Rasa’ Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

[envira-gallery id=”124719″]

 

Grand Hyatt KL membuka pintu JP Teres sepanjang ramadan ini untuk anda menikmati lebih 150 hidangan berserta 20 live station yang dikurasikan oleh Chef Nazib dan Chef Sanjay yang menekankan pada citarasa warisan Malaysia. Antara hidangan utamanya adalah Kambing Golek slow-cooked, satay, tandoori, Nasi Kandar, sajian citarasa istimewa Timur Tengah,  30 jenis pemanis mulut, dan banyak lagi. Untuk mereka yang idamkan hidangan makanan laut BBQ, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu JP Teres bakal menyajikan seleksi daging dan makanan laut bakar.

Tarikh : 6 Mei – 31 Mei 2019

Masa : 7.00 malam – 11.00 malam

Harga : RM178 nett (dewasa) | RM89 nett (kanak-kanak)

Harga secara kumpulan : RM168 nett (dewasa) | RM84 nett (kanak-kanak)

*Tempahan minimum untuk 20 orang dewasa diperlukan. Bayaran penuh awal diperlukan 7 hari sebelum ketibaan.

Tempahan : +603 2182 1234 atau emel ke [email protected]

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link