Mencari Lokasi Bufet Berbuka Puasa? Ini Dia Senarai Tempat Iftar Bufet Paling Best Tahun Ini

Saban tahun pabila Ramadan tiba, selain dari bazar ramadan, hotel juga menjadi lokasi pilihan utama warga kota untuk berbuka puasa. Tahun ini iftar bufet di mana? EH! ada senaraikan lokasi buka puasa bufet terbaik di rencana ini.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

‘Dari Dapur Ummi’ Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

 

[envira-gallery id=”124727″]

 

Memfokuskan pada hidangan masakan asli Melayu, Chef Rossham Rosli yang mengetuai dapur restoran di Sunway Putra Hotel ini agak teruja dengan sajian bufet mesti cuba di action stall yang ada. Antara hidangan utama termasuklah variasi sushi, Sup Gear Box, Satay, Sotong dan Udang Goreng, Kawah Kepala Ikan yang dihidang bersama kuah Asam Pedas dan pelbagai jenis kuih tradisional. Tetamu turut akan dapat menikmati hidangan masakan lauk pauk Melayu yang lain seperti Ayam Pecik Seri Menanti, Daging Rendang Negeri Sembilan dan banyak lagi. Untuk mereka yang inginkan citarasa masakan Cina dan India, turut tersedia masakan  seperti Kari Ayam Mentega, Fish Tikka dan banyak lagi.

Tarikh : 6 Mei- 4 Jun 2019

Harga : RM138 nett (dewasa) | RM69 nett (kanak-kanak berusia 7 ke 12 tahun) Kanak berusia 7 tahun ke bawah adalah percuma | RM69nett (warga emas)

Tempahan : +603-4040 9888 atau emel ke [email protected]

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link