Mencari Lokasi Bufet Berbuka Puasa? Ini Dia Senarai Tempat Iftar Bufet Paling Best Tahun Ini

Saban tahun pabila Ramadan tiba, selain dari bazar ramadan, hotel juga menjadi lokasi pilihan utama warga kota untuk berbuka puasa. Tahun ini iftar bufet di mana? EH! ada senaraikan lokasi buka puasa bufet terbaik di rencana ini.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

‘Jemput Makan’ Sunway Resort Hotel & Spa

 

[envira-gallery id=”124732″]

 

Menghidangkan lebih 400 masakan autentik yang dimasak oleh barisan chef yang diketuai oleh Chef Mohamad Yatim Supaat, Sous Chef Tournant of The Resort Cafe. Untuk tahun ini, bufet ramadan Jemput Makan mengetengahkan citarasa nostalgik dan tradisional dari Malaysia dan serantaunya. Tetamu turut akan dapat melihat sendiri live cooking dari 10 gerai yang diletakkan di ruang luar berkonsepkan Bazar Ramadan. Ia termasuklah gerai Assam Pedas Gearbox Station, Churrasco Station (hidangan daging, sayuran dan buahan), Seafood Bakar Station, Golek Station (kambing bakar), Kawah Station (Gulai Kawah), Warisan Station (masakan tradisional), Noodle Station, Nasi Station, Satay Station dan Goreng-goreng Station. Hidangan wajib kena cuba di restoran ini semestinya Assam Pedas Gearbox yang dimasak di bawah api perlahan selama 8 jam. Tidak hanya masakan Melayu, malah ia juga bakal tersedia seleksi sajian Cina, India dan Barat.

Tarikh : 6 Mei – 4 Jun 2019

Masa : 6.30 petang – 10.30 malam

Harga : RM188 nett (dewasa) | RM98 nett (kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun) Nikmati diskaun sebanyak 40 peratus untuk tempahan pada 6 ke 9 Mei dan 1 ke 4 Jun 2019.

Tempahan : +603 7495 2009 / +603 7492 8000 atau emel ke [email protected]

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link