Misi Oppy NASA Di Marikh Selesai Dengan Mesej Paling Menyedihkan

Laman internet dan media sosial kecoh dengan mesej-mesej beremosi mengenai Oppy NASA. Yang paling menyedihkan adalah menerusi mesej terakhir yang dihantar rover tersebut kepada NASA.

 

 

Oppy merakam gambarnya menerusi bayangan.

 

 

Sememangnya Oppy atau Opportunity merupakan satu robot yang bekerja untuk mengkaji planet Marikh yang dihantar oleh NASA. Namun, dengan mesej terakhir yang dihantar oleh robot tersebut, ia mengundang sebak terutama sekali di kalangan krew NASA yang 15 tahun bertungkus lumus untuk misi tersebut yang sepatutnya dalam jangkaan mereka rover tersebut hanya mampu boleh bertahan selama 90 hari tetapi ia akhirnya berkhidmat sehingga 15 tahun lamanya.

 

Rover Oppy diumumkan mati oleh agensi angkasa lepas itu pada beberapa hari yang lalu selepas ia dilaporkan hilang dalam ribut debu di Marikh. Staff NASA mengatakan yang mereka tidak menerima sebarang update dari rover tersebut dan disebabkan itu misi itu ditamatkan. Saintis menggambarkan yang mana proses untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rover itu sememangnya amat sukar kerana ia telah dianggap seakan ahli keluarga buat staff NASA.

 

"Saya berdiri di sini dengan rasa penghargaan dan amat berterima kasih," kata pentadbir bersekutu NASA, Thomas Zurbuchen, sebelum dia mengumumkan yang misi Opportunity kini dianggap sudah selesai.

 

Robot tersebut dikatakan berjaya membuat rekod terbesar kerana ia mengembara di permukaan Marikh lebih kurang 28 batu dan ia bertahan lebih lama dari pendarat Marikh yang lain. Bahkan, Oppy juga berjaya menemui yang mana cecair atau air pernah mengalir di planet itu dan ia sekaligus seakan memberi pandangan yang mana berkemungkinan planet itu pernah dianggap menerima kehidupan.

 

Namun, pada bulan Jun 2018, Oppy menghantar mesej yang dianggap satu mesej terakhir kepada NASA mengatakan "My batteries were running low and it was getting dark" rover tersebut kemudiannya terus diam. Ribut debu telah melanda di seluruh planet tersebut dan berkemungkinan ia telah menyebabkan panel solar pada bahagian atas Opportunity terlindung dari mendapat bekalan cahaya matahari untuk menyalurkan tenaga, sekaligus menyebabkan ia mati.

 

NASA telah menghantar lebih daripada 1,000 pesanan untuk mencuba dan mengejutkan rover itu supaya berfungsi semula. Tetapi dengan percubaan NASA untuk kali terakhir pada Selasa lalu, ia kekal tiada sebarang respon yang diterima dari robot itu, dan disebabkan itu, agensi angkasa lepas mengambil keputusan untuk mengumumkan bahawasanya rover itu telah mati.

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Portret siluet Oppy yang dirakamnya.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link