Panasonic Lumix GF7 Mudahkan Pengguna Untuk Selfie

Panasonic
Berita baik buat peminat selfie, Panasonic memperkenalkan model terbaru dari siri rangkaian LUMIX G iaitu GF7 yang datang dengan rekaan monitor boleh berputar hingga 180 darjah!
 
Paling mengujakan, ianya datang dengan pelbagai fungsi kreatif seperti mod self shot, face shutter, buddy shutter dan mod kecantikan khas untuk peminat selfie. Kesemua fungsi itu boleh diambil dengan teknik bebas tangan. Anda hanya perlu melambai tangan secara perlahan untuk dikesan shutter kamera. Buddy Shutter pula berfungsi apabila anda serta teman mendekatkan wajah pada monitor.
 
Panasonic2

Kesemua fungsi kreatif itu diperkuatkan lagi dengan rakaman imej berkualiti tinggi serta proses rendering yang baik, memberi rasa seakan imej sebenar. GF7 turut mengandungi fungsi Wi-Fi, memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video ke dalam telefon pintar atau tablet masing-masing. Terdapat empat rona pilihan iaitu putih, coklat, merah jambu dan perak.
 

capture-20150424-173256Gambar: Panasonic

 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link