Pekerjaan Ini Berikan Pendapatan Yang Tinggi, Tidak Akan Buat Anda Tertekan

 

Buat yang mencari pekerjaan dengan bayaran pendapatan yang tinggi tetapi tidak menjadi satu punca anda mengalami tekanan perasaan, ini dia jenis pekerjaan yang patut anda cuba.

 

Gambar : Shutterstock

 

Dunia zaman sekarang ini tiada yang mustahil. Jika anda rasa tiada langsung pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan kurang memberikan anda tekanan perasaa, anda silap.

 

Menurut laporan portal Business Insider, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang kurang memberikan tekanan. Berdasarkan Occupational Information Network (O*NET), ia mengumpul segala data dan informasi mengenai pekerjaan berserta gaji dari portal Payscale.com.

 

O*NET menyenarai jenis pekerjaan berdasarkan tahap toleransi stress dari skala zero ke 100, yang mana memaparkan skala paling rendah sebagai tanda kurang tekanan.

 

Untuk menilai setiap pekerjaan, O * NET melihat betapa kerap pekerja menerima kritikan dan menangani dengan berkesan dengan tekanan tinggi yang dihadapi di tempat kerja.

 

Berikut adalah antara pekerjaan yang kurang memberikan tekanan perasaan.

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktuari

Tahap stres: 64

Anggaran bayaran pendapatan setahun : RM284,398 sehingga RM521,952

Jenis pekerjaan : Menganalisis kos kewangan risiko dan ketidakpastian.

Tahap pendidikan yang diperlukan : Ijazah dan beberapa siri peperiksaan

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link