Pentingnya Sarapan Pagi

Oleh: Farhana Fuad

shutterstock_380603521 edit

Gambar: shutterstock

 

Tahukah anda bahawa pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan tengahari? Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sarapan setiap pagi diabaikan. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.

1. Membantu anda mengambil diet pemakanan yang baik

Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur.

2. Beri tenaga

Sarapan pagi amatlah penting dalam memberikan anda tenaga untuk anda memulakan kerja atau aktiviti anda sepanjang hari. Skip hidangan pagi hanya akan membuat anda rasa lemah dan lesu.

3. Lebih konsentrasi

Pada waktu pagi, selepas berpuasa dari pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong buatkan kita lapar dan hilang fokus.

4. Penyerapan nutrien lebih berkesan

Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi.

sarapan2

Gambar: realfood.tesco.com

5. Baik untuk kesihatan jantung

Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang fit dan sihat.

Share via
Copy link