Percutian RM250 Sekitar Lembah Klang

Siapa yang tidak suka pergi bercuti? Cuma mungkin kesempatan itu tiada dek kekangan masa kerana sibuk dengan tugasan dipejabat atau mungkin kerana bajet percutian yang agak mahal. Tujuan utama kita bercuti adalah untuk menenangkan fikiran serta lari sebentar dari kesibukan kerja. Kamu mungkin tercari-cari lokasi percutian yang tidak terlalu jauh dari rumah kerana ingin menjimatkan masa memandu atau mungkin tidak mempunyai peruntukan untuk penerbangan? Dambakan percutian seperti berada di resort mewah tetapi dengan bajet yang sedikit? EH! senaraikan enam lokasi percutian dibawah RM250 semalam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
 
cuti-taman-sari

Gambar: tamansarimalaysia.wordpress.com

 
Taman Sari, Hulu Langat
Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari Kuala Lumpur pasti akan meninggalkan kenangan terindah buat kamu. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah perkampungan pasti memberikan pengalaman bercuti dalam suasana kampung. Nikmati air terjun, sungai, menunggang kuda serta lain-lain aktiviti yang menarik tersedia buat pengunjung.
 
cuti-bamboo
Gambar: bamboo-village.blogspot.com
 
Bamboo Village, Hulu Langat
Lokasi terbaik untuk kamu dekat dengan alam ketika bercuti tanpa perlu memandu atau terbang beratus kilometer keluar dari Kuala Lumpur. Pilihan banglo, asrama, chalet mahupun khemah tersedia buat pengunjung. Ala-ala macam bercuti di negeri Jepun gitu.
 

cuti-gaia

Gambar: facebook.com/pages/Villa-Gaia-The-Hidden-Sanctuary

 
Villa Gai’a, Kuala Lumpur
Terima kasih kepada pemilik villa ini kerana sudi menyediakan tempat percutian di tengah-tengah bandar. Lokasi villa ini berdekatan dengan Persiaran Syed Putra. Rumah moden tiga tingkat ini betul-betul bersebelahan dengan pusat membeli belah Mid Valley.
 

cuti-sekeping-tenggiri

Gambar: tenggiri.com

 
Sekeping Tenggiri, Bangsar
Sukar untuk dipercayai. Sebuah villa tersergam indah sedia menanti pengunjung di tengah-tengah Bangsar. Berkonsepkan open living dimana pengunjung boleh menikmati pencahayaan semulajadi tatkala siang, kehijauan rimbunan sekitar villa serta kolam renang yang sangat menakjubkan.
 
cuti-sekeping-seapark

Gambar: sekeping.com/seapark

 
Sekeping Seapark, Petaling Jaya
Bertempat di kawasan residensi yang agak sunyi di Petaling Jaya akan memberikan perasaan seperti berada di rumah sendiri. Reka bentuk dalaman rumah ini semestinya memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengunjung.
 

cuti-sekeping-terasek

Gambar: sekeping.com/terasek

 
Sekeping Terasek, Bangsar
Elemen rumah separuh siap sengaja direka khas bagi memberikan kelainan dari hotel-hotel yang ada. Kamu pasti teruja dengan hasil kerja lukisan yang ada pada dinding diruang tamu rumah ini.
 

Share via
Copy link