Pertama Kali Dianjurkan, Zalora Kumpul RM13,000 Untuk Breast Cancer Foundation

Zalora menganjurkan satu acara larian amal hasil kolaborasinya bersama Brand New Waves Running Club (BNWRC) dengan objektif mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Breast Cancer Foudnation. Seiring dengan bulan Oktober yang begitu sinonim dengan bulan kesedaran tentang kanser payudara, acara ini dilihat sebagai satu inisiatif positif dalam menyebarkan informasi serta kesedaran kepada orang ramai.

Larian sejauh lima kilometer ini berlangsung di The Central Park, Desa Parkcity dan disertai lebih 180 orang peserta. Antara wajah popular yang dilihat menyokong acara ini ialah Hunny Madu, Shalma Aina dan model Nia Atasha. Hasil kutipan daripada acara ini disumbangkan kepada Breast Cancer Foundation sebagai bantuan kewangan kepada pesakit yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM5,000.

“Ini adalah acara #ZALORAFIT pertama yang dibuka kepada orang awam dan pastinya saya gembira dengan respon yang diterima. Ini juga merupakan pelancaran juga pengenalan kepada larian bulanan Brand New Waves Running Club. Sambutan hari ini cukup hebat bila mana saya lihat ramai lelaki dan perempuan memberi sokongan untuk larian dengan objektif mahu menyumbang sesuatu kepada Breast Cancer Foundation Malaysia,” jelas Ira Roslan, Pengurus Perhubungan Awam Zalora Malaysia.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada Nike, Myoreform, BOBBLE, Babel Fit, Red Bull, FOREO, AITCH, We Are KIX, Sandra Woo dan DJ Ion.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link