Rakaman Gambar Generasi Baharu!

Teks : Razin Mohd

 

Canon mahu anda kongsikan detik indah dalam kualiti tinggi dengan rakaman dari kamera EOS M50 yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk diterokai!

 

 

Perkongsian hal peribadi dan gaya hidup hari ini boleh kata jauh lebih maju. Kalau dahulu kita mengambil masa untuk ‘blogging’ di hadapan komputer riba, kini hanya perlu satu klik sahaja di telefon pintar untuk perkongsian momen dan rakaman menarik di media sosial! Begitu juga dengan teknologi rakaman gambar hari ini, masing-masing berada di dalam perlumbaan merakam gambar terbaik dalam resolusi tinggi.

 

Jenama kamera terlaris Canon meniliti hal tersebut dan tampil dengan inovasi baharu buat penggunaan kamera yang lebih mesra pengguna, bergaya, mudah diguna dan dikongsikan bersama telefon pintar anda. Yes camera can be tricky to use tetapi dengan fungsi menarik yang ada dalam Canon EOS M50 baharu ini, ia pasti jadi item yang sentiasa berada di dalam tas tangan anda.

 

 

SWA-FOTO DALAM RESOLUSI TINGGI

Canon mahu anda merakam memori dan detik indah selangkah lebih menarik dengan resolusi kamera yang tinggi, dengannya kini anda boleh merakam video 4K berdefinisi tinggi melalui EOS Movie, high frame rates HD 120P dan mod time lapse dalam resolusi 4K. Apa yang memberi keistimewaan pada kamera kompak ini adalah fungsi 4K Frame Grab yang mana ia membolehkan anda untuk merekod video 4K dan menyimpan satu frame tersebut kepada gambar!

 

Pemproses imej Digic 8 terbaru yang digabung bersama 24.1 megapixel APS-C sized CMOS sensor pula membolehkan anda merakam gambar yang berkualiti walau dalam suasana cahaya yang malap dan Dual Pixel CMOS AF fokus buat hasil rakaman gambar yang dinaik taraf.

 

 

FUNGSI MENARIK EOS M50

Kamera ini tampil dengan keistimewaan fungsi yang jauh lebih menarik dari model jenama kamera kompak sedia ada. Terutamanya bila anda gemar merakam swafoto, OOTD, atau pengembaraan sepanjang percutian. Canon EOS M50 tampil dengan LCD monitor yang fleksibel, boleh diputar dan dipulas untuk merakam detik indah dengan lebih mudah.

 

Untuk gambar atau video berkualiti bak filem di dalam movie pula kamera ini tampil dengan Silent Mode untuk rakaman dalam suasana sepi, AF Point yang lebih tinggi, penstablian five-axis, 2.36 million dot Electical Viewfinder (EVF) buat rakaman gambar tanpa gangguan silau dan Enhance Dual Pixel CMOS Auto Focus yang memberi fokus pada gambaran utama yang dirakam.

 

Rugilah jika rakaman gambar dan video yang diambil itu tidak dikongsikan menerusi media sosial, untuk itu pastinya anda perlu peranti kamera yang mudah disambung bersama telefon pintar anda. Kamera mudah alih ini tampil dengan fungsi penghubung yang lancar melalui Wifi, NFC dan juga Bluetooth. jadi anda tidak lagi ketinggalan dalam berkongsi memori indah bersama pengikut media social anda!

 

Kamera kompak canggih ini hadir dalam dua variasi warna hitam dan putih, dan boleh didapati pada harga RM2,799 untuk EOS M50 (body), RM3,199 untuk EOS M50 (EF-M 15-45mm) dan RM4,299 untuk EOS M50 (EF-M 15-45mm + EF-M 55-200mm).

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link