SAMSUNG GALAXY S10: Better Than Before

Teks : Anis Hanini

 

Kembali sekali lagi di pasaran dengan teknologi kamera lebih canggih, skrin paparan lebih menawan dan sekuriti telefon pintar lebih ketat.

 

 

Siapa sangka kini rangkaian Samsung Galaxy S sudah berada di pasaran lebih 10 tahun? Bagi meraikan sambutan ini, Samsung telah melancarkan telefon pintar baru mereka iaitu Galaxy S10 yang direka khas untuk memenuhi kehendak pasaran yang ingin sesuatu yang pantas, mudah digunakan dan mampu menghasilkan keputusan yang memuaskan hanya di hujung jari.

 

Pastinya ‘worth the price and the wait’, Galaxy S10 membuktikan ia adalah salah satu leading smartphones in the world. EH! senaraikan kehebatan peranti ini yang jauh berbeza dengan saingannya lain di pasaran sekarang.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) PAPARAN AMOLED DINAMIK

 

 

Sekali lagi Samsung tidak mengecewakan peminat setia mereka dengan S10 yang menggunakan panel paparan dinamik AMOLED yang menawarkan kadar kecerahan sehingga 1200 nit. Ia juga merupakan telefon pintar yang menggunakan HDR10+ yang menawarkan rona lebih terang untuk imej dan video lebih realistik. Bahkan paparan ini juga mampu menawarkan ratio kontras tinggi untuk memaparkan rona hitam dan putih sebenar. Bagi mereka yang gemar menggunakan telefon pintar dalam suasana gelap, usah risau lagi tentang mata anda kerana kini Samsung telah menambah cahaya biru di paparan TUV Rheinland-certified Eye Comfort tanpa menggubah kualiti imej mahupun video.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link