Persembahkan kepadanya agar ikatan cinta lebih menyeronokkan!

Galaxy Tab

Tidak tahu apa untuk dihadiahkan? Tentunya Galaxy Tab. Menampilkan feature Android 2.2 (Froyo), fungsi Internet hanya di hujung jari. Komunikasi melalui e-mail dan laman sosial turut pantas dikemas kini. Skrin tujuh incinya juga bukan sahaja memudahkan pandangan, malah selesa dipegang.
Harga RM2,699

Wave II

Jika si dia gemarkan hidup serba stylish, mungkin ini pilihan bijak. Smartphone terbaru Samsung, Wave II. Menyediakan variasi aplikasi untuk dipilih, si dia boleh muat turun apa saja yang diinginkan untuk penggunaan telefon bimbit yang lebih menyeronokkan. Samsung Social Hub in Wave II, Google Latitude dan geo-tagging turut ada untuk mendekatkan lagi hubungan bersama anda, keluarga dan teman-temannya!
'Harga tiada'

Samsung NX100

Inovasi mirrorless kamera Samsung NX100 yang lengkap dengan lensa i-Function, menjadikan memori yang ingin dirakamkan melalui gambar, lebih bermakna! Menghasilkan gambar yang mempesonakan dan sempurna, kamera ini mudah untuk disimpan. Rekaannya yang sleek dan ringan juga menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana saja.
Harga RM2,299 (kit lensa 20 – 50mm)

Samsung SF410

Komputer riba yang semestinya membuatkan si dia melompat kegirangan! Samsung SF410 notebook punya rekaan moden dengan curve yang unik. Lebih menarik, permukaannya juga tahan lama, kalis calar dan sangat ringan. Kecekapan Intel Core i5 juga memudahkan penggunaan si dia untuk fungsi yang pantas. Dilengkapi dengan bateri premium 6-cell Lithium Polymer yang bertahan hingga 7.5 jam !
Harga RM3,199.

Samsung NF310

Sebuah lagi komputer riba yang boleh dihadiahkan untuk si tersayang. Samsung NF310 adalah pilihan bijak untuknya yang pentingkan kerjaya. Permukaan dan rekaan yang sleek diiringi warna metalik yang memukau. Processor Intel® Atom™ N550 (Dual Core), memori DDR3 dan Windows 7 Starter, memberi dimensi multimedia baru yang menakjubkan.
Harga RM1,299.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link