10 Lokasi Ini Punya Kualiti Udara Paling Bersih Di Dunia

Seronoknya kalau dapat bercuti di tempat yang punya udara segar dan bersih. Selain dari melarikan diri daripada tekanan di tempat kerja, menghirup udara bersih juga bagus untuk kesihatan.

Sumber Gambar: Freepik.com

Berikut adalah lokasi yang punya kualiti udara yang bersih. Bolehlah rancang percutian ke sana!

Hamburg, Jerman

Kerajaan Jerman telah menghabiskan wang hampir 500 juta euro demi memastikan kualiti udara dan kebersihan negara itu terjamin. Antara inisiatif yang dilakukan negara itu adalah mengharamkan penggunaan minyak diesel lama untuk kederaan kerana ia menghasilkan asap yang kotor! Rakyat Jerman pula turut mengamalkan kitar semula dan menerapkan budaya menjaga alam sekitar. Inilah sikap yang seharusnya dicontohi oleh negara lain.

Halifax, Kanada

Halifax, Kanada turut tersenarai sebagai lokasi yang punya kualiti udara yang bersih. Ia adalah lokasi aktiviti perikanan dan antara lokasi sumber utama ekonomi Kanada. Lokasi itu juga turut mempunyai beberapa buah universiti terbaik, ia telah dijaga dengan rapi terutama dari segi kebersihan dan ekosistemnya.

Zurich, Switzerland

Sememangnya terkenal sebagai negara indah yang harus dikunjungi. Walaupun ia dikatakan harga  untuk barangan yang dijual di sana agak mahal, tetapi rekod kesihatan melaporkan penduduk di sana punya kesihatan yang sangat baik.

Adelaide, Australia

Dinobatkan sebagai lokasi wajib untuk dikunjungi di Australia dan juga di seluruh dunia, ia juga adalah lokasi dengan kos sara hidup yang rendah. Jadi, jika anda rancang untuk melawat Australia, jangan lupa untuk singgah di sini.

Bangor, Maine

Mungkin lokasi ini tidak begitu popular. Ia adalah sebuah pekan kecil di daerah Maine, Amerika Syarikat . Bukan sahaja ia memiliki kualiti udara yang bersih tetapi ia juga merekodkan kadar jenayah yang rendah. Penduduknya pula mengamalkan gaya hidup konservatif yang lebih cenderung kepada seni, muzik dan teater.

Helsinki, Finland

Ibu negara Finland ini bukan sahaja kaya dengan budaya, bersih dan nyaman, ia juga diiktiraf sebagai antara lokasi pilihan pelancong untuk berhijrah. Status ekonominya juga semakin meningkat kerana menjadi tumpuan pelancongan dan turut memiliki ekosistem yang sangat berkualiti.

Calgary, Kanada

Ia adalah kota terbesar di Alberta dan banda terbesar di seluruh Kanada. Diiktiraf sebagai antara lokasi terbaik untuk didiami kerana kebersihan dan kualiti udara yang memuaskan! Malah ia juga menjadi lokasi pilihan pelancong untuk berhijrah dan menetap di sana.

Wellington, New Zealand

Walaupun berstatus kota moden dan udaranya pula berangin, tetapi udara yang dihirup sangat bersih dan berkualiti baik. Lebih menarik, kota ini mempunyai kawasan pantai. Bayangkan kalau udaranya sudah bersih, apatah lagi pasir dan air di kawasan pantainya.

Honolulu, Hawaii

Honolulu adalah kota paling bersih di Amerika Syarikat menurut laporan Pacific Business Journal. Ia juga antara lokasi paling ramai pelancong setiap tahun. Honolulu terkenal dengan aktiviti meluncur ombak dan dengan udara yang nyaman.

Reykjavík, Iceland

Bukan sahaja ia kota terbesar di Iceland, Reykjavík  juga adalah ibu negeri dan kota terbersih di negara itu. Kota ini menggunakan sumber tenaga alternatif yang membantu menjaga kualiti udara. Malah di sesetengah lokasi di sana, anda boleh minum air tasik dan sungainya kerana ia tidak tercemar.

Sumber: Herinspirasi.com

 

Share via
Copy link