Cara Mudah Peroleh Ribuan Like di Instagram Tanpa Aplikasi “Auto Like” Kini Terbongkar!

Berlandaskan arus teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa batasan kini, aplikasi media sosial “Instagram” semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

 

Gambar: Kryz Uy

 

 

Menjangkau lebih 1 billion pengguna berdaftar pada tahun lalu, tidak hairanlah Instagram menjadi salah satu landasan terbaik buat penggemar OOTD (Outfit of The Day) menonjolkan gaya harian mereka di laman berkenaan.

 

Kehadiran telefon pintar yang mencorakkan akses aplikasi ini digunapakai dalam peranti tersebut telah membenarkan sesiapa sahaja tampil memperlihatkan diri mereka di Instagram. Tidak kira perkongsian gaya santai mahupun foto makanan, EH! yakin, pasti menjadi igauan setiap pengguna dibanjiri ribuan “like” daripada pengikut mereka.

 

Namun, ia telah menjadi lumrah buat golongan pengikut yang ramai seperti para Selebriti atau “Instafamous” menerima kunjungan “like” yang tinggi serta dihujani ribuan ulasan atau komen hasil perkongsian foto di laman Instagram milik mereka. Hal ini kerana, penghasilan gambar yang menarik dan berkualiti tinggi adalah datang daripada teknik fotografi yang betul dan berkesan.

 

Oleh itu, EH! kongsikan beberapa langkah mudah peroleh banyak “like” di Instagram dengan teknik fotografi yang tepat agar anda tempak bersinar persis model di laman berkenaan.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Gambar: Hello Thalita

 

Pencahayaan

 

Pencahayaan adalah sisi utama yang perlu diambil kira dalam menghasilkan visual atau paparan foto yang menarik agar perkongsian anda disukai ramai. Tanpa pencahayaan yang baik, hasil foto berkemungkinan tidak mampu membuahkan hasil yang lumayan. Anda harus bijak mengenal pasti arah cahaya yang betul seandainya berada di tempat yang tidak ditembusi sinaran mentari.

 

Malahan, berada pada kedudukan menghadap matahari semasa OOTD adalah sesuatu yang memberangsangkan. Persis kata mutiara, “Hidup adalah perjuangan, kebahagian harus direngkuh dengan banyak pengorbanan”. Demi meraih jutaan “Like”, anda harus bersedia dipanah sinaran ultraungu.

Artikel Berkaitan

Copy link