Cara Mudah Peroleh Ribuan Like di Instagram Tanpa Aplikasi “Auto Like” Kini Terbongkar!

Berlandaskan arus teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa batasan kini, aplikasi media sosial “Instagram” semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

 

Gambar: Kryz Uy

 

 

Menjangkau lebih 1 billion pengguna berdaftar pada tahun lalu, tidak hairanlah Instagram menjadi salah satu landasan terbaik buat penggemar OOTD (Outfit of The Day) menonjolkan gaya harian mereka di laman berkenaan.

 

Kehadiran telefon pintar yang mencorakkan akses aplikasi ini digunapakai dalam peranti tersebut telah membenarkan sesiapa sahaja tampil memperlihatkan diri mereka di Instagram. Tidak kira perkongsian gaya santai mahupun foto makanan, EH! yakin, pasti menjadi igauan setiap pengguna dibanjiri ribuan “like” daripada pengikut mereka.

 

Namun, ia telah menjadi lumrah buat golongan pengikut yang ramai seperti para Selebriti atau “Instafamous” menerima kunjungan “like” yang tinggi serta dihujani ribuan ulasan atau komen hasil perkongsian foto di laman Instagram milik mereka. Hal ini kerana, penghasilan gambar yang menarik dan berkualiti tinggi adalah datang daripada teknik fotografi yang betul dan berkesan.

 

Oleh itu, EH! kongsikan beberapa langkah mudah peroleh banyak “like” di Instagram dengan teknik fotografi yang tepat agar anda tempak bersinar persis model di laman berkenaan.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar: Hello Thalita

 

Sunting

 

Teknik suntingan yang betul mampu membuatkan foto kelihatan sangat berkualiti umpama hasil karya jurugambar profesional. Pelbagai aplikasi suntingan tak kira berbayar mahupun percuma boleh dimuat turun di telefon pintar, malah anda juga diberi kebebasan untuk bermain dengan “filter” kegeraman. Anda haruslah berani bereksperimentasi dengan teknik penyuntingan secara efisien moga foto anda digilai dan terus-terusan menerima “like” daripada para pengikut.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link