Festival Identiti Malaysia

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, EH! membawakan edisi khas tentang Kuala Lumpur kepada anda. Untuk entri kali ini, Eh! bawakan beberapa festival yang menjadi identiti kepada Kuala Lumpur dan Malaysia. In fact, ada antara festival ini yang menjadi tumpuan pelancong luar untuk datang ke Malaysia.
URBANSCAPES

Urbanscapes
Ini merupakan festival muzik dan kreatif yang harus dikunjungi. Penulis Eh! menyifatkan ia sebagai Woodstock versi local. Yang menarik tentang Urbanscapes, ia menjadi medan untuk anak muda yang kreatif mengembangkan bisnes dengan menjual pelbagai produk yang sangat kreatif! Tahun ini, Urbanscapes mengambil tempat di MAEPS dan akan berlangsung pada 23 – 24 November.
PJLA

PJLA
PJ Live Arts menjadi medan buat stand-up comedian berkongsi bakat menerusi acara tahunan iaitu Laugh Fest yang menghimpunkan bukan saja bakat tempatan tetapi turut mengundang artis dari luar negara.
KL ALTERNATIVE BOOK FEST

klab
Berbeza dengan Pesta Buku Kuala Lumpur, KL Alternative Book Fest membuka peluang penulis muda dalam penerbitan karya sastera mereka. Pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis serta menonton tayangan dilem ‘indie’ karya anak muda tempatan.

Share via
Copy link