Tempat Untuk Chillax Di Hujung Minggu

 

Well hello weekend! Hujung minggu ini jika anda tiada plan, tak tahu nak kemana-mana, EH! ada beberapa tempat yang boleh anda pergi untuk chillax.

Dip’n Dip

Dip n Dip

Gambar: Dip’n Dip


Kalau rasa nak makan yang manis-manis dan teringinkan sesuatu yang coklat, Dip’n Dip lah tempatnya. Anda boleh lepak dan chill bersama teman-teman sambil menghirup coffee dan mencuba segala jenis makanan yang berasaskan coklat. Dip’n Dip terletak di Bangsar.

 

Flea Market, The Curve

Flea Market The Curve

Gambar: myspace.com

Mencari sesuatu yang unik dan murah? EH! cadangkan anda pergi ke flea market di the Curve Damansara. Di sana terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual perbagai jenis barang dari pakaian, kasut, beg, casing handphone dan sebagainya.

 

Ikea

Ikea

Gambar: alltravels.com

Apa kata kalau anda ke Ikea untuk melihat gaya terkini untuk hiasan dalaman. Mana tahu, anda boleh ada idea baru untuk menghias rumah nanti? Sambil berjalan mengelilingi Ikea, singgah ke Café Ikea untuk menikmati meatballs di Ikea.

Pasar Karat Petaling Street

Pasar karat petaling street

Gambar: flickr.com

Pasar Karat Petaling Street ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Kalau anda penggemar barang antik dan lama, apa kata jengah ke pasar karat ini yang mula dibuka seawal 6 pagi hingga 9 pagi. Waktu terbaik untuk kesana ialah jam 7 pagi. Kalau anda pandai tawar menawar, tak mustahil mendapatkan harga yang betul-betul murah.

Share via
Copy link