Tip Rancang Percutian Bulan Madu Dengan Sempurna

 

 

Bali, Maldives, Paris mahupun Cape Town antara destinasi romantis pilihan pasangan untuk berbulan madu. Percutian bulan madu juga dikatakan percutian yang paling dinanti-nantikan namun ramai akui bahawa merancang percutian ini agak memeningkan kerana terlalu banyak destinasi untuk dipilih selain perlu mengikut bajet tertentu. EH! bawakan beberapa tip percutian agar perancangan menjadi lebih mudah dan terurus.

 

USAH TERGESA-GESA

Mungkin ada sesetengah pasangan memasang anganangan untuk terus bercuti selepas melangsungkan majlis di kedua-dua belah pihak. Bagi kami, percutian yang sempurna adalah percutian yang dirancang dengan baik dan bukan tergesa-gesa. Apatah lagi penat merancang majlis masih belum pudar. Jika anda masih inginkan getaway bersama pasangan, cuba lakukan getaway hujung minggu buat sementara waktu.

 

PILIH DESTINASI BUKAN DALAM MUSIM

Jika anda dan pasangan mampu untuk bercuti ke luar negara ketika musim panas atau di dalam negara ketika cuti sekolah, teruskan sahaja perancangan anda. Namun lebih baik jika bercuti ketika bukan peak season kerana harganya jauh lebih murah bahkan tidak terlalu sesak dengan pengunjung lain. Jika boleh elak hotel atau resort khusus untuk keluarga sebaliknya cuba lokasi khas untuk pasangan/bulan madu kerana kemudahannya lebih romantis.

 

 

SUSUN AKTIVITI

Percutian bulan madu adalah tempoh terbaik untuk kenali pasangan anda dengan lebih baik. Tidak bermakna anda perlu melawat semua lokasi atau lakukan aktiviti sekaligus dalam satu hari. Sebaliknya luangkan masa untuk relax kerana ini merupakan pengalaman baru anda berdua. Jangan lupa juga untuk cipta surprise buat pasangan, seperti rawatan spa atau makan malam romantis.

 

PERLU REALISTIK

Pastikan anda dan pasangan berbincang tentang bulan madu ini dengan teliti kerana apa yang anda inginkan mungkin berbeza dengan keinginan dia. Jadi jika anda rasa percutian terlalu mahal, mungkin anda boleh cuba destinasi yang lebih dekat agar isu kewangan masih lagi boleh diuruskan dengan baik selepas itu.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link