Satu Lagi Emas Paralimpik Hasil Lompatan Rekod Dunia Latif Romly

EH! Latif Romly Paralimpik Emas
 
Atlet cemerlang negara, Abdul Latif Romly telah memecahkan rekod dunia dengan acara lompat jauh T20 sejauh 7.60 meter dan dalam masa yang sama telah memecahkan rekod dunia dalam tiga lompatannya.
 
Anak jati Perlis ini membuktikan kemampuannya dan telah mengharumkan nama Malaysia dan sekali lagi lagu Negaraku berkumandang di persada sukan dunia di arena tersohor Sukan Paralimpik 2016.
 
Sememangnya hasgtag #kamiluarbiasa cukup tepat buat kontigen Paralimpik yang berjuang meraih pingat di Rio kali ini.
 
Tahniah buat Latif Romly dan juga team Malaysia di Rio yang tentunya amat terharu dengan pencapaian membanggakan seluruh rakyat negara ini.

 

 

 


 


 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link