#EHSCAPE Sembuh Jiwa Di Kepulauan Bali

Orang bilang terapi terbaik untuk jiwa nan celaru adalah mengembara ke luar negara! Sejauh mana ianya berkesan bergantung pada individu. Bagi saya ya, dan Club Med Bali antara destinasi nyaman lagi mendamaikan.

Bernafas bebas di bawah langit biru sambil ditemani bunyian deruan ombak memanggil jiwa untuk bertenang. Club Med, Bali ibarat syurga destinasi percutian idaman. Berkonsepkan All Inclusive, hadir dengan pelbagai aktiviti beriadah yang bakal menyimpan seribu satu makna untuk diri anda.

 

Alang berada di Club Med, Bali, wajib untuk cuba setiap aktiviti yang dijalankan. Ianya terbahagi kepada dua rutin yakni di darat atau air. Antara aktiviti sukan darat yang bakal menarik perhatian anda adalah seperti Bola Pantai, Tenis, Squash, Bola Jaring, Archery, Badminton dan  Gimnasium. Tidak perlu risau jika tidak punya team kerana di Club Med Bali sentiasa dipenuhi tetamu hotel dan anda berpeluang untuk mengenali kawan baru dari pelusuk dunia.

 

Manakala aktiviti sukan air seperti Kayak, Snorkelling dan Water Polo bakal mencabar adrenalin anda. Bukan itu sahaja, di Club Med Bali turut membawa sebuah program ‘Wellness Retreat’ khas untuk anda yang ingin mencari ketenangan di sini. Seperti Yoga dan Aqua Yoga. Ianya hanya dijalankan di pagi hari.

 

Selain itu, tarikan jika berada di sini adalah mereka punya aktiviti khas untuk anak-anak kecil daripada bayi berumur 23 bulan hingga 10 tahun. Antara program yang disediakan seperti Mini Club Med, Junior Club Med, Pyjama Club dan Petit Chef Program. Servis untuk ‘Baby-Sitting’ turut disediakan.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link