“Singgang dan Aglio Olio Paling Mudah”- Syed Faizal

Selain hebat bermain berus mekap dan wanna, nampak gayanya Syed Faizal juga heat di dapur. Jika ada yang tidak tahu, Syed juga dulu pernah membuka restoran ‘Zainab’ di Petaling Jaya, malah kami di EH! juga antara yang gemar menjamu selera di sana. Dan jika anda pengikut setia akaun Instagram Syed Faizal (@syedfaizalsyednoh), anda akan lihat beberapa posting video Syed menyediakan pelbagai sajian sepanjang perintah kawalan pergerakan dikeluarkan disebabkan penularan wabak Covid-19. Jom ikuti temubual ringkas EH! bersama Syed.

Siapa atau bagaimana Syed belajar memasak?

Saya belajar memasak dari my mom dan arwah nenek. Dulu diorang selalu cakap kale tak ada orang di rumah lebih senang kalau saya boleh memasak dan senang untuk cari makan.

Apakah sajian kesukaan Syed?

Pasta sebab senang untuk disediakan dan juga cepat.

Apakah lima item mesti ada dalam peti sejuk Syed?

Dalam peti sejuk saya mesti ada telur, susu, jus (apa-apa jus pun okey), timun, frozen minced meat atau ayam.

Selain garam dan gula, apakah bahan mesti ada bila Syed memasak?

Selalunya mesti ada bawang putih dan lada hitam.

Apakah sajian paling mudah khususnya untuk orang bujang?

Bagi saya paling mudah ialah ikan singgang, hanya perlu rebus kesemua bahan dan kemudian masukkan ikan. Aglio olio juga mudah, hanya perlukan minyak zaitun, bawang putih, pepper dan pasta. Senang!

Selain memasak, apa lagi aktiviti Syed ketika perintah kawalan pergerakan ini?

Selalunya saya uruskan pembelian untuk jenama alat solek saya, SyedFaizalBeauty, play with my cat dan juga menonton siri.

 

Berikut antara sajian yang disediakan Syed yang menjadi pilhan EH!

 

Share via
Copy link