Sleek and functional seperti Fossil Smartwatch Gen 5

Sememangnya jam tangan merupakan aksesori yang paling rapat dengan kita, biar apapun rekaannya, jam tangan tetap jadi satu aksesori yang tidak nampak keterlaluan untuk digayakan tetapi lebih cenderung dilihat sebagai penyempurna gaya. Fossil jenama aksesori popular yang seringkali membariskan jam tangan eksklusif turut sama berkembang dengan keluaran evolusi jam pintar yang canggih dan cukup bergaya. Mahu terokai lebih lanjut EH! bawakan penyanyi dan penulis lagu Bil Musa untuk tunjukan lima gaya chic & sassy bersama jam tangan baharu ini!

Tampil dengan saiz bingkai 44mm bersama pelbagai jenis pilihan tali yang boleh ditukar ganti, begitu juga buat pilihan dail di skrin, jam tangan generasi baharu ini juga tampil dengan dua rekaan bingkai; Carlyle dan Julianna, jika sebelum ini reka bentuk jam tampak sedikit maskulin, kali ini anda diberi pilihan lebih bebas, lebih berjiwa wanita dalam perincian batu permata (rhinestones) dan warna emas merah (rose gold).

PENGUNAAN LEBIH BEBAS

Swimproof Speaker pula memberi kebebasan anda menggunakan jam pintar ini sewaktu melakukan aktiviti di dalam air, terutamanya semasa mahu menjawab telefon dan penggunaan fungsi Google Assistant. Bercakap tentang sistem Google Assistant baharu ini, ia ternyata memberi kemudahan setiap masa diperlukan. Contohnya untuk setkan penggera bangun tidur, reminders, timer, untuk menulis nota, atau membuat tembahan meja untuk makan malam anda bersama yang tersayang. Tidak cukup dengan itu anda juga bebas bertanya (Ask Google) tentang cuaca harian, trafik, terjemahan bahasa, penukaran unit ukuran dan berat, atau menggunakan sistem navigate untuk ke sesuatu tempat dengan pantas dan efisien.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link