Sunday Brunch di Strato, Troika Sky Dining

1 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dengan hanya membayar RM120 ++ seorang, anda boleh menikmati menu sarapan tengah hari 16 hidangan berlatarkan langit Kuala Lumpur.

 

 

Mencari destinasi brunch terbaharu? Beralamat di Strato, Troika Sky Dining, anda kini boleh menikmati hidangan sarapan tengah hari atau brunch setiap Ahad bermula 1 October 2017.

 

Dengan hanya membayar RM120 ++ seorang, anda dapat menikmati 16 hidangan bercita rasa Itali yang turut menampilkan tiga hidangan pemanis mulut berlatarkan garis langit Kuala Lumpur.

 

Dimulakan dengan tujuh hidangan Antipasti seperti Squid Tagliata With Seaweed Pesto & Pickled Pepperoncino dan Chilled Ricotta Gnocchi with Zucchini Pesto, anda akan dihidangkan dengan menu pasta Beef Rib Cappelletti In Bone Marrow Brodo selepas itu.

 

Diikuti dengan tiga pilihan hidangan Mains seperti Roasted Wagyu Beef Tagliata, Wild Leek Salsa Verde dan Linguini With Charred Sweet Corn bersama Sides yang menyelerakan iaitu Fava Beans Puree With Braised Kale dan juga Cold Macaroni & Baby Green Beans, Beef Proscuitto Powder. Akhiri kunjungan dengan pemanis mulut seperti Chocolate Budino dan Mixed Fruit Crostata.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link