Why You Should Consider Telefon Pintar Mid-Range Dari Rangkaian Flagship

Jenama mega eletronik hari ini tidak pernah berhenti dalam perlumbaan  siapa yang dapat menghasilkan telefon paling canggih di dunia. Setiap rangkaian flagship baharu yang dihasilkan pasti tampil selangkah lebih maju dari telefon mudah alih yang berada di pasaran hari ini. Tetapi dalam artikel ini kami mahu anda lupakannya seketika dan terokai satu telefon pintar  ‘middle range’ yang sebenarnya punya perisian dan sistem terbaik sama seperti rangkaian flagship yang ada hari ini.

Meniliti harga telefon pintar hari ini benar buat kita geleng kepala melihat angkanya, biarpun begitu masih ramai dikalangan kita yang sanggup mengikat perut untuk mendapatkan telefon pintar yang tercanggih di pasaran tanpa menoleh pilihan lain yang ada.

Sedar ataupun tidak sebahagian besar jenama telefon mudah alih ini juga turut mengenegahkan rankaian kelas kedua yang jauh lebih berbaloi dan hadir dengan perisian yang hampir sama seperti telefon flagship dipasaran hari ini. EH! baru-baru ini telahpun mencuba satu telefon pintar rangkaian pertengahan baharu dari Samsung selama dua minggu, dan saya kagum dengan pakej spesikikasi bersama harganya.

 

The New Samsung Galaxy A51

 

Sejujurnya penulis juga sendiri pernah memiliki dan menggunakan rangkaian siri A dari Samsung ini lebih dari dua tahun dahulu. Pengalaman mengunakan telefon siri ini benar-benar terasa premium dan selari dengan telefon pintar yang dipasarkan ketika itu, Hari ini Samsung ketengahkan satu lagi telefon pintar siri A yang  lebih padat dengan perisian dan teknologi baharu yang membuat anda teruja biarpun ia bukan rangkaian kelas pertama.

 

 

Perkara pertama yang mengujakan semasa menggunakannya adalah kamera baharu bahagian belakang yang punya potongan sama seperti Galaxy S20 yang baru sahaja dilancarakan baru-baru ini. Galaxy A51 baharu ini didatangkan dengan 5 jenis kamera satu dibahagian depan dan empat buat bahagia belakang. Dengan cut-out camera yang cukup futuristic telefon pintar ini mengenegahkan 5MP Depth Camera, 48MP Main Camera, 12MP Ultra Wide Camera dan 5MP Macro Camera yang bakal beri rakaman yang lebih jelas, tajam, dan semestinya lebih lively!

 

 

Mengetahui pengguna gemar mengunakan telefon buat gaming dan editing, Samsung kali ini menaik taraf siri A baharu ini dengan pemprosesan baru yang bakal beri pengalaman pengunaan telefon pintar yang tampil lebih seamless. A51 ini dikuasai dengan cip Octa-core bersama RAM seluas 6GB, perisian 128GB yang boleh dinaik taraf ke 512GB dan paling istimewa Game Booster yang menjaga kestabilan bateri, suhu dan memori semasa menggunakannya. Ia juga didatangkan bersama bateri yang besar 4,000 mAh yang tahan sepanjang hari, jadi tiada masalah kehabisan bateri atau tersekat-sekat semasa anda menggunakannya.

Selain tampil dengan reka bentuk yang sleek, bahagian yang membuahkan rasa seperti telefon ini datang dari masa hadapan terletak pada rekaan skrinnya yang luas, dan disokong pula bersama Infinity-O Display selebar 6.5 inch yang selari dengan barisan telefon Flagship yang ada hari ini. Lebih memuaskan teknologi resolusi Super OMOLED yang didatangkan bersama bakal beri lebih kepuasan saat menonton Netflix atau menyaksikan video klip lagu baharu dari penyayi kesayangan anda di YouTube.

 

Share via
Copy link