The Future Is Now: Reviu Samsung Galaxy Note9

Teks : Anis Hanini

 

Peranti pintar advanced di pasaran buat masa sekarang antara gajet mesti dimiliki oleh mana-mana peminat setianya.

 

 

Model yang paling dinanti-nantikan, Samsung Galaxy Note9 merupakan model dengan ‘kuasa besar’ di kalangan model-model jenama sama yang memaparkan paparan penuh dinamik, peningkatan kuasa yang unggul, produktiviti tanpa bandingan serta hiburan yang mampat. Semua dalam satu!

 

 

Hadir dalam keistimewaan tersendiri, ia bukannya peranti yang murah namun pastinya worth the price dengan pelbagai kemudahan yang membuktikan bahawa ia antara peranti yang cukup canggih buat masa sekarang. EH! berpeluang untuk mencuba sendiri Samsung Galaxy Note9 baru-baru ini dan di sini, kami menyenaraikan mengapa ia satu gajet must have tahun ini.

 

1. Paparan Premium

Samsung Galaxy Note9 hadir dengan paparan infinity display Super AMOLED 6.4 inci yang membuatkan tontonan imej mahupun video lebih memuaskan apatah lagi ia lengkap dengan pembesar suara stereo dengan penalaan oleh AKG yang membawakan audio Dolby Atmos® menjadi kenyataan. Lebih menariknya, jika dibandingkan dengan telefon pintar lain yang hanya mengeluarkan suara melalui pembesar suara di hujung telefon, ia situasi yang amat berbeza dengan Galaxy Note9 yang mana audio seakan-akan muncul daripada skrin paparan tersendiri. Audionya amat jelas walaupun tanpa penggunaan earphone.

 

2. Kamera Pintar

Seperti mana-mana peranti moden lain, tidak lengkap sebuah gajet tanpa kamera yang canggih namun yang membezakan Galaxy Note9 dengan peranti lain adalah kejelasan imej yang ditangkap. Samsung berjaya melahirkan kamera pintar yang mampu mengenal pastu elemen-elemn foto seperti subjek dan latar belakang, kemudian mengklasifikasikan imej secara automatik daripada 20 kategori untuk menghasilkan imej optima serta merta. Imej yang terhasil menawan tanpa sebarang cela. Malah baru-baru ini juga pengawalan HDR Day/Night serta Signal Noise Ratio dan Low Light Brightness turut dipertingkatkan bagi menghasilkan imej dan video lebih berkualiti.

 

3. Side kick penting – S Pen

Dalam model Note, S Pen merupakan ciri yang paling penting yang mana ia banyak digunakan bagi membantu mencatat nota, melukis, menulis serta mengembangkan idea. Kini S Pen Samsung Galaxy Note9 mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk dikawal sepenuhnya oleh pengguna dengan menggunakan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE). Dengan hanya satu klik sahaja, melalui sokongan ini, pengguna dapat merakam imej swafoto mahupun berkumpulan, memainkan serta menghentikan video dari jarak jauh. Dengan ini S Pen bukan lagi digunakan hanya untuk menulis, ia mampu digunakan sebagai alat pengawal jauh yang amat berguna terutamanya ketika presentation penting di pejabat.

 

4. Fastest speed

Samsung Galaxy Note9 juga merupakan telefon pintar dengan pemprosesan 10nm dan sokongan bagi kelajuan rangkaian terpantas di pasaran iaitu sehingga 1.2 gigabit sesaat untuk menstrim dan memuat turun data tanpa menjejaskan kelajuan. Ia juga lengkap dengan sistem Water Carbon Cooling yang memastikan peranti ini tidak terlalu panas dan mampu menampung aplikasi berat dengan lebih mudah. Ia juga lengkap dengan bateri 4,000mAh yang juga merupakan bateri paling besar dalam siri Galaxy untuk penggunaan sepanjang hari. Lengkap dengan dua storan dalaman 128GB dan 512GB, ia juga hadir dengan penggunaan kad SD mikro untuk storan 1TB.

 

Samsung Galaxy Note9 lengkap dengan pengecasan pantas tanpa wayar, IP68 kalis air dan habuk, perkhidmatan Samsung seperti Samsung Health dan Samsung Pay serta platform keselamatan biometric termasuk imabsan cap jari, imbasan iris dan pengecaman wajah. Ia juga lengkap dengan pembantu pintar Bixby. Kni hadir dalam rona Midnight Black dan Metallic Cooper dengan warna S Pen sepadan serta Ocean Blie dengan S Pen rona kuning pada harga RM3,699 (model 128GB) dan RM4,599 (512GB).

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link