Tip Mengatasi Masalah Harga Minyak Naik

Minggu lalu, semua orang merungut tentang masalah harga minyak yang naik sebanyak 20 sen. Apa kata daripada kamu merungut tu, EH! bantu kamu mencari penyelesaian untuk masalah ini dengan beberapa tip mengatasinya.

 

Pengangkutan  Awam

Cuaca di Malaysia ni membuatkan ramai tidak selesa untuk menggunakan pengangkutan awam yang ada. Bagi yang tinggal berdekatan dengan stesen LRT, Monorail, KTM dan sebagainya, cuba-cubalah belajar naik kenderaan awam untuk ke tempat kerja. Percayalah, kamu akan terasa penjimatannya.

 

Belian Atas Talian

Sekarang ini barang dapur pun boleh di beli secara atas talian, jadi jika kamu teringinkan sesuatu seperti baju baru, barangan elektrik atau apa sahaja, cuba berbelanja secra online. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah mengurangkan kos duit petrol kamu.

 

Ubah Cara Pemanduan

 

Tip Mengatasi Masalah Harga Minyak Naik

 

Gambar: www.rideyourcitywordpress.com

Jika sebelum ini kamu gemar memandu melebihi had kelajuan yang di tetapkan, maka kamu perlu mengubah cara pemanduan kepada berhemah. Memandu pada kelajuan 90km/j dapat menjimatkan 20% penggunaan petrol dan elakkan dari menekan break selalu. Jika pemanduan kamu berhemah pasti tiada sebab untuk kamu menggunakan break selalu.

Share via
Copy link