Tonton Program BBC Kesukaan Anda Di Mana Sahaja Dengan BBC Player

Anda kini sudah boleh menonton program tv kesukaan anda di saluran BBC menerusi telefon pintar anda dengan hanya perlu memuat turun aplikasi percuma ini.

 

Gambar : Starhub

 

BBC Studios dan Unifi TV kini meluaskan perkhidmatan BBC Player di Malaysia, yang mana ia membolehkan pelanggan Unifi dan Streamyx untuk menonton program-program kegemaran di telefon pintar tidak kira di mana sahaja.

 

Menurut Ryan Shiotani, Naib Presiden, Kandungan, Asia, BBC Studios, "Lebih banyak penonton beralih ke platform dalam talian untuk mencari program menarik untuk ditonton. Penonton Malaysia di BBC Player terus bertambah sejak perkhidmatan ini dilancarkan pada awal tahun 2017, menandakan ‘selera’ penonton  meningkat untuk kandungan kami secara dalam talian. Drama seperti Victoria, program gaya hidup seperti The Great British Bake-Off yang memenangi anugerah, program sejarah alam semula jadi seperti Blue Planet II, dan Top Gear yang popular sepanjang masa, secara konsisten mengatasi carta sebagai program yang paling ramai ditonton oleh pelanggan pek Ultimate unifi di BBC Player dan unifi TV."

 

 

Tambah lagi, sebenarnya sebelum ini aplikasi tersebut hanya tersedia untuk pelanggan pek Ultimate Unifi TV, tetapi kini BBC Player boleh digunakan oleh semua pelanggan jalur lebar Unifi secara percuma selama 30 hari.

 

Emily Wee, Naib Presiden Kandungan Unifi (Produk) menyatakan yang mana mereka dari pihak Unifi TV sangat teruja dapat bekerjasama dengan BBC dalam memenuhi keperluan pelbagai daripada pelanggan denagn menyediakan saluran BBC yang mempunyai kandungan British yang terbaik melalui BBC Player.

 

Aplikasi BBC Player boleh dimuat turun dari stor aplikasi Apple dan Google Play serta dalam talian di www.bbcplayer.com. Untuk mengaktifkan percubaan selama 30 hari, anda perlu log masuk ke aplikasi tersebut ketika menggunakan rangkaian Unifi. Selepas 30 hari percubaan, langganan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan ia akan dibilkan automatik di dalam bil bulanan Unifi anda.

 

Ketika pelancaran memperkenalkan BBC Player tersebut, program bersiri terbaharu berjudul Got Science? turut dilancarkan yang mana ia bakal dipancarkan di saluran BBC Earth dan BBC Player.

 

 

Ia merupakan rancangan sains yang menghiburkan, apatah lagi pabila ia dihoskan oleh pelawak Malaysia dan pemenang pertandingan The Funniest Person In The World 2016 oleh Laugh Factory iaitu Harith Iskander.

 

Antara rancangan premium yang boleh anda tonton di BBC Player adalah seperti berikut.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Patrick Melrose

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link