Teratur Dan Selesa, Ini 6 Tip Bekerja Dari Rumah

Bermula semalam, hampir semua syarikat sudah memulakan sistem bekerja dari rumah berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Gambar: Depositphotos

Apabila bekerja dari rumah, EH! kongsikan enam tip yang boleh anda cuba untuk suasana kerja yang lebih teratur dan selesa.

Satung Pakaian Yang Selesa

Antara kebaikan bila bekerja di rumah adalah anda tidak perlu fikir baju apa yang ingin dipakai. Namun begitu, pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan lakukan rutin harian yang biasa dilakukan pada hari bekerja. Bangun pagi, bersiap awal dan mungkin juga mengenakan solekan.

Buat Jadual

Sama seperti ketika anda berada di pejabat, tetapkan jadual ketika bekerja dari rumah. Jika anda mula bekerja pada jam 9 pagi, maka mulakan kerja anda pada waktu tersebut agar anda boleh habiskan pekerjaan tepat pada masanya.

Sediakan Ruang Khas

Mungkin ada di antara anda yang selesa bekerja di meja makan, duduk di sofa dan sebagainya tetapi adalah lebih baik jika di rumah ada ruang khas untuk bekerja. Lebih bagus jika ia adalah bilik yang berasingan atau ruangan ‘pejabat’ kecil di mana anda boleh menutup pintu. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan dari anak-anak atau rakan serumah.

Jangan Tunda Kerja

Pastikan anda mengikut jadual yang disediakan seperti di nombor dua. Jangan tunda kerja dengan melakukan kerja rumah yang lain. Jika anda mengikut landasan yang betul, kerja boleh disiapkan dengan cepat.

Rehat

Sama seperti ketika berada di pejabat, anda juga perlukan rehat. Rehat boleh membantu anda menjadi lebih produktif. Bangun dari kerusi dan bergerak. Masa yang disyorkan adalah 52 minit bekerja dan berehat 17 minit.

Kurangkan Gangguan

Antara cabaran utama bekerja dari rumah adalah gangguan sekeliling. Paling penting, elakkan buka medis sosial atau apa sahaja yang bakal mengganggu tumpuan anda untuk bekerja.

Share via
Copy link