“Your Next Computer is Not A Computer” – iPad Pro 2020

13 Mac lepas Apple telah mengumukan bahawa majlis teknologi terbesar WWDC yang sering diajurkan setiap bulan Mac telah ditunda ke bulan Jun kerana prihatin tentang penularan wabak COVID-19, Tetapi itu tidak menghentikan mereka untuk tampilkan iPad Pro 2020 baharu!

Malam semalam Apple telah membuat kejutan dengan memuat naik dua jenis video di akaun Youtube mereka ; ‘iPad Pro – Yout next computer is not a computer’ dan ‘iPad Pro – How to correctly use a computer’, video berdurasi satu minit lebih ini dikongsikan untuk menunjukan fungsi Ipad Pro baharu yang boleh digunakan sama seperti anda menguna komputer tetapi selangkah lebih advance!

Jika lihat akan rekaanya ia masih sama seperti iPad Pro keluaran 2018, apa yang berbeza iPad Pro 2020 terbaru ini hadir dengan potongan kemera empat segi seperti rekaan kamera yang sama pada iPhone 11 Pro.

“It’s a magical piece of glass. It’s so fast most PC laptops can’t catch up. It has pro cameras that can transform reality. And you can use it with touch, pencil, keyboard and now trackpad. It’s the new iPad Pro.” – Apple.com

 

Hadir dengan paparan edge-to-edge Liquid Retina sama seperti model sebelum ini, ia juga turut didatangkan bersama ProMotion dan True Tone untuk penggunaan yang lebih jelas dan selesa di mata. berbalik pada kamera yang merupakan perubahan besar rekaan iPad baharu ini, ia didatangkan bersama dua jenis kamera pro ; 10MP Ultra Wide Camera dan 12MP Wide Camera menjadikan ia peranti yang lebih advance dalam mengimbas keratan nota dan surat dari kertas, paparan kuliah dan juga presentation penting semasa di dalam mesyuarat, begitu juga dalam merakam 4K video.

Buat kegunaan yang lebih Pro, Peranti ini juga didatangkan bersama LiDAR Scanner,  LiDAR (Light Detection And Ranging) sering digunakan oleh pekerja profesional seperti NASA, atkitek, pereka dalaman dan lain-lain untuk mengira jarak ukuran sesuatu tempat dan juga mengimbas sesuatu reka bentuk.

Bila sudah diletakan nama Pro, perisisannya juga datang dengan teknologi yang terkini, mungkin lebih pantas dan hebat dari komputer yang asedang anda gunakan sekarang. Apple memperkenal cip baharu A12Z Bionic yang jauh lebih pantas dari keluaran komputer riba yang ada di pasaran hari ini bersama 8-core graphic processor untuk kegunaan bermain game, kreatif  dan juga profesional.

Magic Keyboard

Bermula pada harga RM1,349.00 untuk 11-inch iPad Pro

 

Sama seperti rekaan iMac sebelum ini, Apple benar mahu membawa pengalaman menggunakan komputer semasa menggunakan iPad. Apple telah hasilkan aksesori keyboard bersama trackpad yang tampak cukup futuristik dimana skrin iPad ini kelihatan seperti terapung dan boleh di lipat dan diselaraskan mengikut cara penggunaan. Apa yang jadi lebih menarik papan kekunci dari aksesori baharu ini juga berlampu, sesuai untuk penggunaan pada waktu malam.

Apple benar memahami penggunanya dan tampil dengan kemaskini iPadOS baharu yang boleh buat iPad anda berfungsi bagai komputer dimana kini anda sudah boleh menggunakan tetikus! iPad Pro 2020 boleh dimiliki bermula pada harga RM3,499 buat 11 inch 128GB wifi support.

Share via
Copy link