Gaya Karpet Merah Oscars 2016 Pilihan EH!

Oleh: Farhana Fuad

Gambar: TPGimages

 

Acara berprestij tahunan Oscars yang ke-88 telah pun berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya di Dolby Theater Hollywood, Los Angeles. Kali ini, acara penganugerahan yang menobatkan filem Spotlight sebagai Filem Terbaik dan filem aksi Mad Max: Fury Road menang besar di Oscars 2016 ini selain filem Revenant turut mengaut beberapa anugerah termasuk bintang utamanya, Leonardo DiCaprio yang akhirnya bergelar Aktor Terbaik.

 

Seperti biasa, acara karpet merah menjadi tumpuan ramai dan lensa media tidak mahu melepaskan peluang merakam gaya, aksi serta mendapatkan bahan eksklusif buat peminat filem dunia di segenap pelosok kawasan ketibaan. Ternyata barisan calon serta warga Hollywood yang dijemput ke acara berprestij ini tidak melepaskan peluang untuk tampil anggun dengan busana indah serta sut masing-masing.

 

EH! kumpulkan gaya selebriti di karpet merah Oscars 2016 yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi gerobok fesyen.

 

[soliloquy slug=”oscars-2016″]

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link