Gigi Hadid Siku Peminat Agresif

Bella and Gigi Hadid leave the Max Mara event in Milan, posing for photos with fans and smiling for the cameras. As the stunning duo made their way to their car, a crazy male fan approached Gigi from behind, picking her up off the crowd and attempting to carry her before the fiesty model fought back and sent the man running for his life. September 22, 2016 X17online.com NORTH AMERICA ONLY

Gambar : people.com

 

Selebriti Hollywood popular, Gigi Hadid terpaksa menggunakan kekerasan kepada seorang peminat lelaki yang bertindak agresif kepadanya. Pada ketika itu, Gigi baru sahaja keluar dari pertunjukan fesyen Milan MaxMara.

 

1475004061146-cached

 

Insiden tersebut berlaku pantas ketika model terkenal ini dikerumuni peminat-peminatnya serta media antarabangsa. Peminat fanatik dikenal pasti bernama Vitalii Sediuk yang mana sebelum ini juga pernah menyerang beberapa orang selebriti A-list lain termasuklah Kim Kardashian, Brad Pitt dan ramai lagi.

 

vitalii

Gambar : www.newstimes.com

 

Menerusi Tweet yang ditulis Gigi, model popular ini menyatakan yang dia mempunyai hak untuk melawan kembali sebagai cara untuk melindungi dirinya. Insiden itu turut sempat dirakamkan oleh seorang peminat yang berada di tempat kejadian.

 

gigi-hadid-milan-fan-attached-690-092216

Gambar : www.x17online.com

 

Boleh dilihat di dalam video tersebut, Gigi kelihatan agak marah atas kebiadapan lelaki berkenaan yang menariknya dan mengangkatnya dari belakang secara tiba-tiba. Gigi terpaksa bertindak menyiku wajahnya dan Vitalii terus melepaskannya serta berlalu pergi.

 

Gigi cuba untuk mengejarnya kembali, namun situasi tersebut dihalang oleh pengawal peribadinya. Teman wanita kepada Zayn Malik ini turut sempat mengarahkan pengawalnya untuk mencari lelaki berkenaan ketika dia dalam keadaan marah melangkah masuk ke dalam kereta. Mujur model terkenal ini tiada sebarang kecederaan.

 

EH! kongsikan video insiden tersebut di bawah.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link