20 Yang Anggun & Disenangi: Misha Omar

Misha Omar bersama Dayang Nurfaizah

Bermula dengan menyanyi, Misha mencabar bakatnya dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Kemunculan dan gerak tubuhnya menjadi perhatian kala beraksi di pentas, emosinya dalam mengalunkan lagu berentak balada menjadikan Misha antara penyanyi pop balada ‘penting’ di negara kita.

Insan paling disenangi yang pernah anda temui (selain ahli keluarga)?
Tunang saya dan seisi keluarganya.

Nasihat terbaik sepanjang bergelar selebriti yang pernah diterima dan dari siapa?
Datuk M Nasir pernah berpesan, katanya hanya yang kuat sahaja mampu bertahan di dalam industri ini.

Apa yang menakutkan bergelar selebriti?
Menjadi mangsa cerita sampah.

Yang menyeronokkan pabila bergelar selebriti?
Banyak! Antaranya boleh travel sambil bekerja dan berpeluang kenal ramai orang.

Quote atau falsafah yang menjadi pegangan anda?
Usaha tangga kejayaan, sabar tingkatkan keimanan.

Apa yang anda dapat lihat kebarangkalian hidup anda 10 tahun akan datang?
Tetap pekerja seni, berstatus isteri dan punya lima anak… tamakkan?

Jika berpeluang mengulang masa, tetap mahu bergelar selebriti?
Ya, saya tetap memilih kerjaya ini.

Apa yang menarik tentang anda?
Peramah. Mudah mesra!

Gaya/penampilan yang paling hodoh pernah digayakan?
Banyak! Lebih-lebih lagi sewaktu awal-awal dulu, tak terkira. Malu!

Pernah beli barang tiruan? Jika ya apa?
Tidak pernah. Saya sangat realistik. Lebih baik memakai barangan tidak berjenama daripada menipu diri sendiri.

Share via
Copy link