4 Sebab Mesti Jumpa David Beckham September Ini Di KL

Bekas bintang bola sepak Manchester United ini bakal terbang ke Kuala Lumpur pada bulan September ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk berjumpa dengan personaliti terkenal ini.

 

 

 

Dijadualkan bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September nanti, David Beckham dikatakan telah dijemput oleh syarikat insurans, AIA Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.

 

Berita itu telah diumumkan oleh syarikat insurans tersebut menerusi akaun Facebook dengan memuat naik post bergambar serta kapsyen “Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham.”

 

Namun post tersebut tidak lagi berkongsi di mana lokasi atau butiran penuh akan kehadiran bintang bola sepak itu. Beckham telah dilantik sebagai Duta Global untuk syarikat AIA pada Mac lalu.

 

We are excited to announce that our AIA Global Ambassador, David Beckham, will be in Kuala Lumpur this 22 September…

Posted by AIA Malaysia on 21hb Ogos 2017

 

Jadi inilah masanya untuk anda temui bintang terkenal ini. Nak tahu sebab apa? EH! kongsikan lima sebabnya di bawah.

 

1. Beckham adalah seorang bekas pemain bola sepak yang cukup terkenal di dunia dan boleh kata sehingga hari ini dia masih menjadi pujaan ramai meskipun tidak lagi bergelar pemain bola. Dia ibarat satu ikon yang cukup segalanya. Bukan hanya jaguh dalam bersukan, malah juga kacak rupa paras (walaupun sudah menjangkau usia 42 tahun).

 

2. Dia merupakan seorang lelaki, suami dan bapa yang sangat mengutamakan keluarga. Pada Mei 2013, Beckham telah mengumumkan rancangannya untuk bersara dengan satu kenyataan, “Saya tidak akan berjaya mencapai apa yang saya ada sekarang ini tanpa keluarga saya. Saya sangat bersyukur dan menghargai atas semua pengorbanan ibu bapa saya, yang mana membuatkan saya tersedar akan impian serta cita-cita saya dan saya sangat berhutang segalanya kepada Victoria dan anak-anak saya yang sentiasa memberikan saya inspirasi dan sokongan untuk saya bermain di peringkat yang tertinggi untuk jangka masa yang agak lama.”

 

3. Populariti tidak membuatkan Beckham melupakan mereka yang berada dalam kesusahan. Pada Januari 2007, seorang pesakit kanser yang berusia 19 tahun, Rebecca Johnstone dari Canada menerima kejutan apabila Beckham (idolanya) membuat panggilan telefon kepada Rebecca. Selepas itu, Beckham turut menghantar sehelai jersi Real Madrid dengan ditandatanganinya kepada pesakit itu. Rebecca kemudian meninggal dunia 12 hari selepas itu.

 

4. Umum tahu yang mana Beckham mempunyai badan kebajikan sendiri yang dipanggil Victoria and David Beckham Charitable Trust yang menyediakan kerusi roda untuk kanak-kanak yang memerlukan. Beckham menghabisakan banyak masanya merantau sebagai duta UNICEF dan tidak takut dilihat silly mengumpul dana untuk likes buat Comic dan Sport Relief. Bahkan, ketika dia bermain untuk kumpulan Perancis, Paris Saint-German, dia tidak mengambil sebarang duit sekali pun ketika kontraknya dengan kumpulan tersebut kerana dia mendermakan semua pendapatannya kepada badan kebajikan.

 

 

Share via
Copy link