4minute Dibubarkan

eh 4minute

Foto: popcornfor2.com

 

Setelah tujuh tahun bersama, kumpulan Kpop wanita ini bakal menamatkan legasi mereka sebagai 4minute dan kemungkinan besar akan dibubarkan. Menurut sumber pihak Cube Entertainment dan ahli 4minute yang terdiri dari Gayoon, Jihyun, Sohyun, Jiyoon dan Hyuna telah mencapai persetujuan untuk berpisah. Hanya Hyuna yang sudah menandatangani semula kontrak bersama Cube yang mungkin akan terus bergerak solo.

 

Ramai peminat melahirkan rasa terkejut dan sedih atas berita ini. Rata-rata menyuarakan betapa mereka begitu mengagumi 4minute melalui lagu-lagu mereka, gaya cool serta personaliti ahlinya yang cukup disenangi.

 

Nasib empat ahli lain masih belum diketahui dan kemungkinan besar dua bakal kembali bersama Cube dan yang lain bakal mencari agensi lain untuk meneruskan kerjaya solo sebagai penyanyi atau mengembangkan bakat dalam seni lakonan serta pengacaraan.

 

Tidak dinafikan ada peminat yang menyalahkan pihak Cube kerana kurang membuat promosi kepada 4minute sejak kebelakangan ini menjadi punca populariti mereka merudum. Album Crazy yang dikatakan mendapat sambutan baik diikuti dengan album Hate yang mengetengahkan konsep hip hop turut diterima baik.

 

Ada pihak menyatakan bahawa Hyuna masih selesa untuk bernaung bersama Cube yang sebelum ini sering memberi keutamaan kepadanya untuk muncul dengan album solo serta kolaborasi Troublemaker bersama Hyunseung (kini bekas ahli Beast) yang masih punya baki kontrak bersama Cube juga.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link