5 Stail Paling Wow Di Karpet Merah Critics’ Choice Awards 2020

Selain nak tahu siapa pemenang anugerah, fesyen selebriti di karpet merah adalah antara ‘isu’ paling menarik bila tiba awards season. EH! bariskan gaya paling menawan di acara karper merah Critics’ Choice Awards 2020. Look siapa yang paling menarik perhatian kamu?

1. Zendaya

Bintang siri HBO Euphoria ini memang tak pernah menghampakan apabila melangkah di karpet merah. Zendaya kelihatan sangat hot memakai persalinan two-piece merah jambu dari Tom Ford ini. Look ini adalah salah satu pilihan EH! untuk malam ini.

2. Lupita Nyong’o

Pelakon Kenyan-Mexican ini menarik perhatian semua jemputan dengan memakai gaun Michael Kors. Lupita bijak memadankan gaya rambut, mekap bersama fesyen ini. Love!

3. Florence Pugh

Bintang ‘Little Women’ ini tampak memukau dalam persalinan sarat perincian ilham Prada. Pelakon yang semakin popular ini semakin hari semakin bijak memilih busana yang tepat untuk karpet merah.

4. Billy Porter

King of red carpet! Billy Porter memang selalu ekstra dan vogue apabila hadir ke acara karpet merah. Billy tampak wow dengan memakai mint green strapless gown. Body art rama-rama di tubuhnya menyerlahkan lagi keseluruhan gaya ini.

5. Anne Hathaway

Setelah lama tak nampak bayang di karpet merah, Anne menunjukkan bahawa she’s still has what it takes! Bintang ‘Princess Diaries’ ini kelihatan sangat menawan di dalam balutan dress metalik dari Versace.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link